• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Boon Siew Honda Lancar CB250R, CRF250 Rally Edisi 2019, Harga Bermula RM23k

Boon Siew Honda Lancar CB250R, CRF250 Rally Edisi 2019, Harga Bermula RM23k

May 16, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) hari ini memperkenalkan versi kemas kini untuk CB250R dan CRF250 Rally yang tampil dengan karakter motosikal berkuasa besar.

Honda CB250R ialah sportbike retro moden yang diilhamkan daripada Neo Sports Cafe. Model ini kali pertama diperkenalkan pada 2018 dengan mendapat sambutan hangat dan maklum balas baik daripada pengguna tempatan.

CB250R baharu ini menampilkan rekabentuk luaran lebih sporty dengan lampu bulat signatur dan fork gangsa. Warna baharu,  Candy Chromosphere Red (merah) dengan rim gangsa menyerlahkan lagi penampilan sportbike ini.

CB250R yang didatangkan dengan ciri ABS turut dilengkapkan lampu LED sepenuhnya, panel meter LCD digitak penuh, fork terbalik (USD) Showa, suspensi belakang boleh laras dan kapasiti tangkit besar, 10.1 liter.

Selain warna merah sepertti disebut, CB250R menawarkan dua lagi warna pilihan, iaitu Graphic Black dan Mat Crypton Silver Metallic.

CB250R dijual pada harga RM23,499 untuk Candy Chromosphere Red, RM22,999 (Graphite Black Mat) dan RM22,999 (Crypton Silver Metallic). Harga tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. BSH turut menawarkan pakej waranti dua tahun atau 20,000km perbatuan, mana satu tiba dahulu.

HONDA CRF250 RALLY

Selain CB250R, BSH turut memperkenalkan CRF250 Rally untuk mengisi jentera segmen 250cc. Model ini dikhaskan kepada penunggang dual-sport yang sukakan aktiviti lasak di kawasan-kawasan off-road. Menariknya, CRF250 Rally juga boleh dijadikan motosikal harian yang praktikal dengan berat badan ringan dan mudah dikendalikan.

CRF250 Rally baharu ini datang dengan rekabentuk strip baharu yang mengambil ilham pelumba CRF450 dalam Rally Dakar, iaitu variasi warna Extreme Red untuk penampilan agresif dan Black untuk gaya menawan.

CRF250 Rally didatangkan standard dengan ciri ABS yang  turut dilengkapkan ciri menarik seperti lampu utama asimetri (ALH), meter LCD digital penuh, skrin terapung, fork USD Showa 43mm dan tangki minyak besar, iaitu 10.1 liter.

CRF250 Rally ditawarkan dalam dua pilihan warna Extreme Red dan Black pada harga RM26,999, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. BSH turut menawarkan pakej waranti dua tahun atau 20,000km perbatuan, mana satu tiba dahulu.

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua model boleh kunjungi pengedar Honda terdekat, atau hubungi panggilan bebas tol, 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am – 5pm, kecuali cuti umum), atau log masuk www.boonsiewhonda.com.my

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Boon Siew Honda (BSH), Dual-Purpose, Honda, Honda CB250R (2019), Honda CRF250 Rally, Honda CRF250 Rally (2019), Malaysia, retro-moden, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my