PENGELUAR motosikal India, TVS Motor melancarkan edisi karbon untuk streetbike popular jenama itu Apache RTR 160 4V dan Apache RTR 200 4V di pameran motosikal Feria de las 2 Ruedas di Colombia.
Dua model dalam siri sama, tetapi berbeza sesaran itu menampilkan naik taraf rekaan grafik baharu dalam kemasan warna hitam kusam, manakala 200 diberikan sentuhan berkilat pada atas tangki minyak.
BACA >>> TVS Apache RR 310 Masuk Malaysia Tahun Ini, Alternatif BMW G310R yang Lebih Murah
Panel sisi kedua-dua model mendapat kemasan gentian karbon. Visor pengadang angin 200 turut dihitamkam. Bagaimanapun tiada perubahan mekanikal dibuat, masih mengekalkan spesikasi sedia ada seperti di bawah:
- Apache RTR 160 4V - slinder tunggal 159.7cc penyejukan minyak, kuasa 16.6hp @ 8,000rpm, tork 14.8Nm @ 6,500rpm
- Apache RTR 200 4V - silinder tunggal 197.75cc penyejukan minyak, kuasa 20.3hp @ 8,500rpm, tork 18.1Nm @ 7,000rpm
Selain visor angin untuk 200, ciri khas lain yang membezakan dua model itu ialah fork depan hitam untuk 160, manakala 200 berwarna keemasan. 160 mendapat ciri ABS saluran tunggal (single-channel), manakala 200 dwisaluran (dual-channel).
Di India, 200 ABS berharga ₹111,345 (RM6,600), manakala 160 ABS, ₹93,101 (RM5,500). Dua model ini akan memasuki pasaran Colombia tahun ini, dan harga belum didedahkan.
Leave a Reply