• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Satu-Satunya Pasukan Perancis dalam MotoGP, Tech3 Harap Tuah Laman Sendiri

Satu-Satunya Pasukan Perancis dalam MotoGP, Tech3 Harap Tuah Laman Sendiri

May 15, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PUSINGAN GP Perancis sentiasa jadi acara hujung minggu yang sangat istimewa buat pasukan tuan rumah Tech3. Namun, saingan kali ini agak berbeza berbanding tahun-tahun lalu apabila pelumbanya, Johann Zarco memilih berhijrah ke pasukan baharu, Red Bull KTM Factory.

Begitu juga Tech3 yang kali ini menggalas tanggungjawab menguruskan pasukan satelit baharu, Red Bull KTM Tech3 dengan mempertaruhkan dua pelumba handalan, rookie Miguel Oliveira dan pelumba negara, Hafizh Syahrin. Jadi ini ialah debut pertama Tech3 di Le Mans dalam seragam jingga.

GP PERANCIS YANG ISTIMEWA

Bos Tech3, Herve Poncharal berkata, aksi di laman sendiri sentiasa jadi sesuatu yang sangat istimewa buat pasukannya.

"Kami masih ingat sambutan hebat yang kami terima daripada orang ramai tahun lalu, dan semestinya ia sedikit berbeza tahun ini tanpa pelumba Perancis atas motor. Tapi, Miguel dapat cakap Perancis dengan baik, dan Hafizh pun popular dengan orang Perancis," katanya.

Zarco pernah menggembirakan negara kelahirannya itu apabila meraih podium kedua ketika beraksi bersama Monster Yamaha Tech3 di GP Le Mans pada 2017. Dia juga hampir saja mengulangi kejayaan sama tahun lalu apabila bermula di petak kelima, tetapi gagal kerana terjatuh.

Bagaimanapun, tahun ini tumpuan rakyat Perancis akan beralih kepada pelumba rookie, Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT), yang secara realistik dilihat mampu menghadiahkan podium tuan rumah.

"Tahun lepas, Claude Michy (penganjur GP Perancis) berjaya mencatatkan kehadiran tertinggi (sepanjang musim, 105,203 orang) pada Ahad itu. Harapnya dengan kehadiran Quartararo dalam MotoGP, Johann Zarco dalam KTM Factory, dan pasukan Tech3 yang membawa bendera Perancis, kami sekurang-kurangnya dapat keputusan yang baik dan buatkan acara itu sangat spesial," kata Poncharal.

TECH3 DAPAT ITEM BAHARU

Bos Tech3 itu turut mengulas tentang jentera dan kondisi di GP Perancis.

"Kami dapat beberapa item baru untuk diuji, dan semua itu agak positif. bukan hal besar, tapi kecil dan saya fikir inilah cara kami membesar bersama. Kami pantas, dapat masa lap yang konsisten, kelajuan lebih baik dan lebih keyakinan untuk penunggang

"Walaupun kami belum pernah berlumba (di Le Mans) dengan KTM RC16. Pada pandangan saya, ia patut lebih mudah berbanding apa kami hadapi di Jerez. Macam biasa, cuaca jadi persoalan besar, tapi ini sesuatu yang sama berlaku kepada semua orang. Cuma pelumba kami tak pernah berlumba di trek basah dengan KTM.

"Jadi saya fikir semua orang, terutama kami menggharapkan kondisi kering dan, harapnya ada matahari," kata Poncharal lagi.

HAFIZH: BUKAN MUDAH, TETAPI YAKIN PASUKAN AKAN LEBIH BAIK

Apa pula kata pelumba kita, Hafizh tentang aksi di Le Mans, hujung minggu ini.

"Aku sangat teruja ke Le Mans untuk pasukan aku di tempat sendiri. Aku betul-betul suka trek ini dan ada beberapa kenangan manis hingga tahun lepas.

"Aku tau bukan senang buat kami, tapi aku yakin boleh jadi lebih baik walaupun perlu ambil masa untuk faham macam-macam benda dalam situasi sekarang ini.

"Aku bermotiviasi tinggi dan kuat berlatih. Aku tak pernah berhenti belajar dan aku yakin pasukan ini akan jadi lebih baik dan lebih kuat. Aku dah bersedia dengan baik tahun ini, jadi kita lihat saja apa kami boleh buat di Perancis," kata Hafizh yang menamatkan aksi GP Perancis di tempat ke-12, musim lalu.

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GP Le Mans, GP Perancis, Hafizh Syahrin, Herve Poncharal, Miguel Oliveira, MotoGP, pescao, Red Bull KTM Tech3, sukan permotoran, Tech3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev