Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Dedah Imej Pertama SUV Kecil Baharu Khas untuk Pembeli Muda
Auto Terkini

Kia Dedah Imej Pertama SUV Kecil Baharu Khas untuk Pembeli Muda

Han OthmanBy Han Othman14/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA Motors mendedahkan imej pertama kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil jenama itu yang akan didatangkan dengan ruang dan keupayaan sebuah SUV tradisional dalam pakej kompak.

Dengan rekabentuk urban dan moden, diilhamkan daripada Kia SP Signature Concept (2019), SUV itu dibina khas untuk keperluan generasi milenia. Karakter SUV tradisional dapat dilihat pada perincian rekabentuk luaran sofistikated seperti bonet panjang, garis karakter sofistikated dan berani pada bampar depan dan garis tajam sepanjang panel badan kereta.

BACA >>> SUV Premium Kia Telluride Bakal Guna Platform RWD K900?

Rekabentuk luaran menyerlahkan ciri mewah SUV kecil ini menerusi lampu utama LED yang melintang sepanjang gril radiator. Lampu dengan grafik cahaya tiga dimensi (3D) dan paten berlian menghiasi rupa depan. Lampu belakang turut bercirikan LED.

Ketua Penggayaan Kia di Kia Motor Corporation, Byung Chul Juh berkata, SUV ini direka untuk nampak hebat di mana saja menerusi rekabentuk sporty yang dipadankan dengan ciri dan teknologi terkini supaya menepati cita rasa pembeli muda seluruh dunia.

“SUV kecil kami menunjukkan tiada kereta lain yang sepadan dalam kelasnya,” katanya.

Model ini dijadualkan dijual di pasaran Korea pada penggal kedua tahun ini sebelum memasuki pasaran negara lain.

BACA >>> Kereta Hyundai, Kia Guna Teknologi Bumbung Solar untuk Cas Elektrik Menjelang 2020

Auto Terkini Byung Chul Juh Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Kia Motors SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

13/03/2026
Auto Terkini

Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

12/03/2026
Auto Terkini

Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

12/03/2026
Auto Terkini

AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

12/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.