SEGMEN cruiser sesaran rendah memang kurang popular di Malaysia, tetapi lain pula di India. Baru-baru ini saja, pengeluar motosikal negara itu, Bajaj melancarkan cruiser aras mula terbaharu, Avenger Street 160 sebagai pengganti kepada model popular sebelum ini, Avenger Street 180.
Pastinya keputusan menggantikan model lama dengan model baharu berenjin lebih rendah menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak.
BACA >>> Suzuki Intruder 150 FI Lancar di India, Kini Lebih Cekap Bahan Api
Bagaimanapun, perubahan sesaran itu tidaklah mengurangkan prestasi kuasa kerana Avenger Street 160 ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 15.1hp dengan tork 13.5Nm. Dibandingkan dengan angka kuasa Avenger Street 180, penurunan kuasa dan tork cuma 0.5hp dan 0.2Nm.
Walaupun angka prestasi direndahkan, Bajaj meningkatkan aspek keselamatan Avenger Street 160. Umumnya, gaya dan ciri asas Bajaj Avenger masih dikekalkan, tetapi model baharu ini dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada roda depan.
Digandingkan dengan harga lebih rendah, cuma Rs82,253 (bersamaan RM4,877), kurang Rs600 daripada model lama, sekali gus menjadikan Avenger Street 160 sebagai cruiser cilik paling mampu milik buat masa ini di India.\
BACA >>> Bajaj Siar Poster Acah Avenger Street 180 dengan ABS, Calon Modenas Jaguh?
SPESIFIKASI
BAJAJ AVENGER 160 2019
ENJIN: 1-Silinder, 160.4cc sejukan udara
KUASA: 15.0hp
TORK: 13.5Nm
TRANSMISI: Manual 5-kelajuan
RODA: 17 inci (depan), 15 (belakang)
JENIS BREK: Cakera 260mm dengan ABS (depan), Dram 130mm (belakang)
DIMENSI: 2,210mm panjang x 806mm lebar x 177mm tinggi
TINGGI PELANA: 730mm
KAPASITI TANGKI: 13 liter
BERAT BASAH: 150kg
Leave a Reply