• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Kawasaki Z125 yang Mudah Buat Aksi Wheelie

#Videotomotif: Kawasaki Z125 yang Mudah Buat Aksi Wheelie

May 13, 2019 By Aryon Leave a Comment

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Z125 kali pertama melakukan debut umum pada Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018 dengan menjadikan pemilik lesen A1 sebagai sasaran pembeli yang rata-ratanya golongan penunggang muda di Eropah.

Sportbike aras mula ini mengambil ilham rekabentuk siri Z dan tampil dengan skema warna hitam dan putih dengan frem trellis hijau muda. Sekal pandang nampak seperti Z650 versi mini. Model ini dikuasakan enjin silinder tunggal 125cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 14.8hp @ 10,000rpm dan tork 11.7Nm @ 7,700rpm.

BACA >>> #Intermot2018: Kawasaki Z125, Ninja 125 Buka Selimut untuk Tontonan Ramai

Sebagai perbandingan, motosikal agung rakyat malaysia, Yamaha Y15ZR berkuasa 15.2hp @ 8,500 dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm.

Sekali pandang secara live (gambar atas), boleh tahan juga rupa Z125. Lihatlah posisi menunggang di bawah ini, naked bike itu tidaklah nampak terlalu kecil seperti motor sarkas dengan sosok badan penunggang yang kita boleh anggarkan berketinggian lebih kurang 176sm.

BACA >>> Kawasaki Z125 Pro (2019) Jepun Perkenal Warna, Grafik Baharu

Sekarang mari kita lihat pula video penuh 'buka kotak' dan tunggang uji Z125 yang baru dibeli itu. Paling menarik ialah babak aksi wheelie yang dapat dilakukan penunggang dengan begitu relaks dan bersahaja. Di Britain, Z125 dijual pada harga bermula £4,099 (RM22,200). Boleh tahan keras juga harganya.

Malaysia, cuma model Z125 Pro di pasaran setakat ini dan dijual pada harga RM9,845.

Related

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Z125, naked bike, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev