TAHUKAH anda komponen klac bantu luncur Assist & Slipper (A&S) Yamaha R15 VVA sebenarnya boleh dipasangkan pada kapcai Y15ZR untuk menjadikan sistem tukaran transmisi lebih ringan dan lancar ketika menurunkan gear.
Klac slipper sebenarnya berfungsi melancarkan operasi menurunkan (downshift) gear bagi meminimumkan kesan brek enjin. Ini kerana dalam situasi tertentu, tindakan menurunkan gear secara mengejut berisiko menyebabkan tayar belakang terkunci.
Jadi, bagi mengelak situasi tersebut, kit klac slipper R15 VVA mungkin boleh membantu. Proses menukar klac Y15 dengan kit klac slipper R15 tidaklah rumit kerana lebih kepada plug and play (PNP) sahaja. Mudahkan?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Klac dan Bagaimanakah Ia Berfungsi Pada Motosikal?
Berikut beberapa langkah yang perlu anda buat:
1. Sediakan komponen kit klac slipper R15, terdiri daripada cakera klac (clutch disc/lining), spring injap (valve spring), plat klac (clutch plate), perumah cakera klac R15. Set slave masih boleh gunakan komponen asal Y15ZR.
2. Kemudian kosongkan minyak enjin, tanggalkan ekzos, peg kaki dan penghidup tendang. Leraikan bahagian klac dan semua komponen klac Y15ZR yang akan digantikan dengan R15. Disebabkan cuma PNP, anda cuma perlu pasang kembali mengikut tertib aturan.
3. Hasilnya, walaupun impak brek enjin masih terasa, tetapi hentakannya tidaklah begitu keras apabila gear diturunkan tiba-tiba. Selain itu, enjin juga kini lebih halus dan lancar yang mana jangka hayat gear, rantai dan tayar mampu bertahan lebih lama.
BACA >>> Apakah Perbezaan Quick Shifter dan Klac Auto Kapcai Seperti Honda EX-5?
Ciri klac A&S mampu meminimumkan potensi tayar belakang terkunci disebabkan impak brek enjin selain menjadikan klac lebih ringan. Ini kerana sistem klac ini berbeza daripada motosikal standard, dan memudahkan pengendalian dan tunggangan dalam lalu lintas sesak.
SUMBER: NaikMotor
Katik says
Habis la lepas ni R15 jadi motor panas lepas geng2 pencuri Y15 baca artikel ni
ScufthErX says
Hahahaha yg ni win
Ikhwan says
Xkn la sbb nk klac je, nak kena kebas moto sebiji?
VVTI says
tah. kalo contoh nak set kepale ngan meter kebas ajela set kepale cam biaso kan! appara
Papazola says
Pembetulan.. bukan valve spring.. tapi clutch spring.. valve spring duduk dia kat cylinder head
Brozahar says
Perlu turun enjin tak klu nak tukar system klac ni..
ScufthErX says
Hahahahahaha yg ni win
Alan Ho says
I nak beli 1 Yamaha Y15ZR Untuk kegunaan harian, Tetapi I Tak nak klac manual, I nak tukar apa parts menjadi Klac Auto or klac kapcai, sila tolong.
Rahimi says
U x boleh tukar dia jdi klac auto
Ayen81 says
Silap hari bulan sistem VVA pun boleh modi masuk kt y15....maklum la org malaysia kita ni kan kreatif sangat....
AkupakaiEx5ja says
Boleh masuk kt ex5 tak
Khairi says
kedai mana boleh buat macam ni? area KL?
Kui says
Klac plate 3 keping.
Klac spring 3 bentuk.
Material mahal ni.... part Aftermaket tak kuat gigit klac mcmni