INI ialah kes kedua kami dimaklumkan kepala Yamaha Y15ZR V2 dicuri. Nampak gayanya bukan saja brek kaliper yang banyak jadi buruan, malah kepala moped ‘terlaju’ juga semakin panas di kalangan pencuri.
Beberapa hari lalu, kami ada menyiarkan foto yang mana kepala Yamaha Y15ZR dicuri. Lebih menyedihkan, kami dimaklumkan motosikal berkenaan baru saja seminggu keluar dari kedai.
Terbaru, satu lagi kes kecurian kepala Y15ZR berlaku di salah satu pusat beli-belah di Ampang, Selangor. Apa yang pasti, ia akan mendatangkan kerisauan buat pemilik Yamaha Y15ZR V2 lain.
BACA >>> Peminat Yamaha Kecam Harga Y15ZR V2 Mahal di Kedai, Rasa Tidak Dihargai
YAMAHA Y15ZR V2
Sedia maklum, Yamaha Y15ZR V2 diperkenalkan secara rasmi pada 24 Mac lalu dan ia dijual pada harga RM8,168. Berbanding versi sedia ada, pelbagai perubahan ketara dilakukan pada Yamaha Y15ZR V2. Antaranya, bahagian lampu depan kini direka baharu dengan ciri LED. Lampu signal belok pula diberikan ciri LED, satu-satunya dalam kelas super moped.
Perubahan paling ketara ialah panel meter dalam bentuk LCD penuh seperti NVX. Paparan skrin sedikit kecil itu memaparkan spidometer, odometer, indikator petrol dan lain-lain. Bagaimanapun, aspek mekanikal masih kekal sama dan tiada peningkatan kuasa mahupun perubahan kotak gear.
BACA >>> 5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!
Bagi mereka yang harapkan kotak gear ditukar atau kuasa dinaikkan, berita ini psti mengecewakan. Yamaha Y15ZR V2 masih dijana enjin 150cc SOHC penyejuk cecair suntikan petrol yang mampu menawarkan kuasa maksimum 15hp dan tork puncak 13.5Nm.
Begitu juga penggunaan transmisi, masih lagi menggunakan gear 5-kelajuan. Berikut ialah perubahan yang dilakukan pada Yamaha Y15ZR V2.
Buat bakal atau pemilik Yamaha Y15ZR V2, mungkin boleh fikir cara lain bagi pastikan anda tidak menjadi mangsa seterusnya. Apa-apapun, Good Luck kami ucapkan 🙂
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha 125ZR Ini Dibeli RM45k, Tambah Lagi Kos Ubah Suai RM17k!
BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan
Leave a Reply