• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Triumph Rocket 3 GT Versi Pengeluaran Dikesan Buat Penggambaran di Croatia

#Spyshot: Triumph Rocket 3 GT Versi Pengeluaran Dikesan Buat Penggambaran di Croatia

May 12, 2019 By Aryon Leave a Comment

358
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI bukan foto versi grafik komputer lagi, tetapi benar-benar real! Motosikal yang dikatakan paling berkuasa di dunia, Triumph Rocket GT dikesan Croatia, didapati sedang menjalani sesi penggambaran untuk promosi.

Model cruiser versi pengeluaran itu dikesan pembaca MCN, Igor Skunca dalam bentuk lengkap sepenuhnya dengan skrin rendah, rel genggam, pelana dan peg kaki pembonceng, dan set fork standard. Ia juga siap dengan plat nombor yang nampaknya siap sedia singgah ke bilik pameran.

Bagaimanapun, di belakang Rocket GT kelihat satu lagi model skrin rendah solid (warna merah, gambar atas) yang memberi bayangan tentang versi prestasi. Kemungkinan juga model touring bakal menyusul dengan subfrem belakang berbeza,  skrin besar dan pelana lebih mewah.

BACA >>> Triumph Dedah Spesifikasi Lengkap Rocket 3 TFC (2019)

MODEL TRIUMPH PALING BERKUASA

triumph-rocket-3-tfc-2019-8
triumph-rocket-3-tfc-2019-2
triumph-rocket-3-tfc-2019-11

Selepas beberapa imej acah ditunjukkan sejak Januari lalu, Triumph akhirnya mendedahkan Rocket 3 TFC yang dijangka memecahkan rekod kelajuan baharu dunia motosikal. Dibina berasaskan model legasi, Rocket 3 (2004), cruiser terbaharu ini bakal memulakan satu lagi legasi baharu.

Model enjin 2,458cc ini ialah motosikal pengeluaran dengan sesaran enjin terbesar dunia, walaupun takhta itu sebenarnya diambil daripada model sama juga. Enjin dihasilkan mampu menjana kuasa 167hp dan tork 220Nm, sekali gus menjadi model Triumph paling berkuasa.

Rocket 3 juga dilengkapi teknologi eksotik seperti injap titanium, dan tiga silenser karbon Arrow. Pakej elektronik terkini turut digunakan seperti kawalan traksi sensitif-miring, ABS selekoh, 4 mod tunggang dan Quickshifter, dan autoblipper.

triumph-rocket-3-tfc-2019-3
triumph-rocket-3-tfc-2019-7
triumph-rocket-3-tfc-2019-19

Tidak dilupakan ciri keselesaan sebuah jentera cruiser seperti kawalan jelajah, kawalan pegun (HHC), penghidup tanpa kunci (keyless), sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), yang boleh dipantau menerusi pemuka TFT warna penuh dengan opsyen Bluetooth untuk sambungan telefon pintar bagi akses integrasi GoPro, mainkan muzik dan menjawab panggilan serta Google Maps.

BACA >>> Triumph Street Scrambler (2019) Tampil Baharu dan Lebih Berkuasa, Harga RM65k

Selain pakej elektronik dan enjin besar, casis juga menakjubkan yang direka supaya setanding model Itali, Ducati. Suspensi depan dipasangkan fork kartrij 47mm Showa boleh laras, absrober piggyback boleh laras.

Tuigas membrek diserahkan kepada Brembo dengan silinder master radial boleh laras yang mengawal kaliper Styleme spesifikasi tinggi, sama seperti Ducati Panigale V4.

SUMBER: MCN

Related

358
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: cruiser, Foto Intip, roda2, Spyshot, Triumph, Triumph Rocket 3 GT, Triumph Rocket 3 TFC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev