• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Sebuah Kisah Tentang Bagaimana Lebuh Raya Mampu Bangunkan Ekonomi

#SembangDeras: Sebuah Kisah Tentang Bagaimana Lebuh Raya Mampu Bangunkan Ekonomi

May 14, 2019 By Nomy Nozwir Leave a Comment

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


"ROADS promote enterprises."

LAUNG Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush ketika merasmikan 'Jalan Lingkaran Afghan' (Afghan Ring Road) selepas menumpaskan Taliban sekitar 2002 (yang tak pernah siap). Harapan Presiden AS itu ialah mahu menumpaskan ekstremisme dengan membangunkan ekonomi Afghanistan berasaskan perindustrian.

Malangnya tak sampai setahun ucapan itu, Bush sibuk berperang di Iraq dan lebuh raya di Afghanistan langsung tak pernah siap pun. Akibatnya, dua negara tersebut terlibat dalam kancah peperangan, dan Taliban pula semakin berkuasa di selatan Afghanistan, serta korupsi di negara Asia Selatan itu tidak pernah padam.

BACA >>> #SembangDeras: Adakah Laluan Baharu ECRL Lebih Baik atau Tidak?

TUN RAZAK CETUSKAN IDEA LEBUH RAYA PLUS

Semasa Allahyarham Tun Hussein Onn menyambung kepimpinan Perdana Menteri sebelumnya, Allahyarham Tun Razak dalam projek pembangunan negara, beliau menyusun satu program dengan melihat jajaran terbaik dari utara ke selatan, termasuk meneruskan projek Jambatan Pulau Pinang yang dirancang Tun Razak sebelum beliau meninggal dunia pada 1976.

Sejak pembangunan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), ekonomi Malaysia berkembang pesat di kawasan yang terletak berhampiran lebuh raya itu, dan pada masa sama meningkatkan pertumbuhan penduduk di tempat lain sekitar radius kawasan berkenaan.

Contohnya, pembinaan Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) menyebabkan impak pembangunan ke atas kawasan seperti Bandar Elmina dan pembangunan sekitar Puncak Alam dan Sungai Buloh.

LEBUH RAYA BAKAL BANGKITKAN INDONESIA

Di Indonesia, kerajaan pimpinan Presiden Joko Widodo sedang rancak membina beberapa rangkaian lebuh raya, antaranya Trans-Kalimantan yang menghubungkan Kalimantan Timur seperti Kutai, Samarinda dan Balikpapan, hingga ke Kalimantan Barat di Pontianak dan Singkawang.

Di Sumatera pula menyaksikan pemerintah negara jiran itu membina lebuh raya dari Acheh hingga Lampung, dan dari Pekanbaru ke Padang, serta Jambi ke Bengkulu. Semua projek lebuh raya itu dilaksanakan bagi memastikan perindustrian dapat dibina di kawasan baharu, dan mengalihkan kepadatan penduduk di Pulau Jawa ke kawasan lain seluruh Indonesia.

Mengimbau sejarah dunia, pembinaan lebuh raya seluruh negara asalnya dimulakan Adolf Hitler sekitar 1930-an dalam usaha memulihkan ekonomi. Namun, apabila Nazi Jerman terlibat dalam Perang Dunia Kedua (WWII), projek tersebut dihentikan.

Idea tersebut kemudian diambil Jeneral Dwight D Eisenhower yang kemudian menjadi Presiden AS pada 1953, dengan membina rangkaian lebuh raya yang menghubungkan seluruh negara Uncle Sam itu, dipanggil Sistem Lebuhraya Antara Negeri (Interstate Highway System, IHS).

BACA >>> #SembangDeras: Abang Tak Setuju Tol Dimansuhkan, Tapi...

Dan sejak pembinaan IHS, perhubungan antara negeri-negeri AS mula berubah jadi lebih baik, dan lebih banyak pusat pertumbuhan ekonomi baharu muncul. Namun, sebenarnya ada juga keburukan tentang projek lebuh raya ini, dan saya akan coretkan sambungannya dalam tulisan akan datang. ☺️

Related

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: adolf hitler, Afghan Ring Road, George W Bush, Jalan Raya Lingkaran Afghan, Lebuh Raya, Lebuh Raya Malaysia, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), sembang deras, Sisten Lebuhraya Antara Negeri (IHS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my