YAMAHA mendedahkan seragam versi lumba untuk YZF-R125 (2019) yang mengambil ilham jentera M1 ditunggang Valentino Rossi dan Maverick Vinales dalam aksi Kejuaraan MotoGP musim ini.
YZF-R125 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition ini dijangka memasuki bilik pameran Eropah pada penghujung Mei ini pada harga £4,699 (RM25,300), iaitu £200 (RM1,070) lebih mahal berbanding modewl standard.
Sejak Yamaha melancarkan sportbike siri R sebagai model aras mula sejak sedekad lalu, produk-produk segmen ini pantas menduduki carta jualan tertinggi.
BACA >>> Yamaha YZF-R125 (2019) - Sportbike Siri R Paling Bongsu Didedahkan
Apa yang membuatkan model ini sangat popular di Eropah ialah rekabentuk menarik yang mirip abang besar lain dalam siri sama. Ia juga diadun sempurna dan tampak sepadan dengan purata badan penunggang kebanyakan walaupun asas binaan motosikal jenis ini ialah bersaiz kompak.
Malah, R125 turut menawarkan kualiti pengendalian terbaik, dan prestasi enjin memuaskan seperti diharapkan pada sebuah jentera dikuasakan enjin 125cc. Luaran juga nampak hebat dan cukup menggiurkan penunggang-penunggang muda remaja yang baru saja lulus lesen memandu. Tidak ubah seperti anak muda Malaysia terliurkan Yamaha Y15ZR sebagai motosikal idaman.
BACA >>> Inilah 5 Sportbike 125cc yang Boleh Buat Anda Geram dan Merenyam!
R125 dijana enjin 4 injap silinder tunggal 125cc penyejukan cecair dengan teknologi Aktuasi Injap Variable (VVA) yang berfungsi mengoptimumkan posisi injap salur masuk (inlet) dan keluar (outlet) bagi menambah baik karakteristik kuasa dan tork untuk keseluruhan julat rev.
SPESIFIKASI
YAMAHA YZF-R125
Enjin: Silinder Tunggal 124.7cc Penyejukan Cecair VVA
Kuasa / Tork: 14.75hp / 12.2Nm
Berat Kerb: 142kg (kerb)
Tinggi Pelana: 825mm
Harga: Dimaklumkan kemudian
Kapasiti Tangki: 11 liter
Swingarm: Aluminium baharu
Kokpit: Diilhamkan YZR-M1 MotoGP baharu
Warna: Yamaha Blue (biru), Tech Black (hitam) and Competition White (putih)
Leave a Reply