TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu! Inilah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kegembiraan empat pemenang cabutan bertuah Malaysia Autoshow 2019 dengan masing-masing membawa pulang hadiah menarik.
Menurut Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii), empat pemenang untuk pameran automotif kali ini dipilih daripada kalangan 420,000 pengunjung yang membanjiri Malaysia Autoshow 2019, pada 11-14 April lalu.
Majlis penyampaian hadiah dibuat di ibu pejabat MARii, Cyberjaya.
BACA >>> Malaysia Autoshow 2019 Buka Pintu 11 April Ini, Jangkaan 350,000 Pengunjung Datang
SENARAI NAMA PEMENANG CABUTAN BERTUAH MALAYSIA AUTOSHOW 2019
- Perodua Myvi 1.3 X - Chan Chui Yen
- Perodua Bezza 1.0 Standard G - Bon Kok Wei
- Vespa S125 - Lee Yhing Huey
- Ninebot Segway Drift W1 - Mohd Zahid Mohd Nor.
KEMPEN PEMANDU CEKAP
Pada majlis sama bersempena musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MARii, Datuk Madani Sahari turut merasmikan kempen 'Pemandu Cekap', iaitu program kesedaran buat semua pengguna jalan raya mengenai kepentingan berhemat dan berkelakuan baik ketika menggunakan jalan raya.
Kempen ini juga menyarankan pemilik kenderaan supaya menjimatkan penggunaan bahan api, menjaga keselamatan ketika di jalan raya dan melindungi alam sekitar.
“Konsep kempen 'Pemandu Cekap' ini untuk menerapkan kesedaran mengenai penjimatan tenaga dan tabiat pemanduan selamat dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi penggunaan teknologi kenderaan baharu dan pendekatan kepada cara pemanduan betul,” kata Madani.
BACA >>> Malaysia Autoshow 2019 Buka Pintu 11 April Ini, Jangkaan 350,000 Pengunjung Datang
Leave a Reply