• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Perkenal Warna Baharu, 'Passion Red Pearl' untuk Jazz, City dan CR-V

Honda Malaysia Perkenal Warna Baharu, 'Passion Red Pearl' untuk Jazz, City dan CR-V

May 9, 2019 By Han Othman Leave a Comment

412
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia hari ini memperkenalkan warna Passion Red Pearl (merah) untuk  Jazz, City dan CR-V untuk penampilan lebih mudah, berani dan menarik kepada pemilik model itu.

Pilihan itu ialah warna baharu untuk tiga model tersebut yang dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD). Warna baharu tersebut juga akan menggantikan warna Carnival Red untuk Jazz, Dark Ruby Red (City) dan Obsidian Blue Pearl (CR-V).

BACA >>> #BikinKereta: Honda Jazz GD Blue Bee Abang Memang Rare!

Berdasarkan prestasi jualan, warna Passion Red Pearl mendapat maklum balas pasaran yang baik apabila kali pertama diperkenalkan untuk HR-V baharu pada Januari tahun ini. Sejak itu, ia menjadi warna pilihan utama dalam kalangan pelanggan Honda dengan jumlah jualan keseluruhan 30 peratus untuk warna itu sahaja.

Ketua Pegawai Esekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, pengenalan warna baharu itu akan mengubah penampilan dan personaliti ketiga-tiga model berkenaan.

"Jazz akan memberikan penampilan jiwa muda, manakala City dengan rupa berani dan CR-V tampak lebih bergaya. Kami percaya semua model popular itu nampak cukup sepadan dengan warna menonjol ini untuk gaya hidup versatil pemiliknya.

BACA >>> Honda Malaysia Lancar HR-V Baharu, Tambah Varian Sport Hybrid i-DCD dan RS

"Dari segi prestasi jualan, Jazz, City dan CR-V menyumbang 62 peratus untuk jualan keseluruhan Honda Malaysia antara Januari dan April 2019. City merekodkan jualan tertinggi dengan 34 peratus keseluruhan, manakala Jazz menyumbang 12 peratus. CR-V pula 15 peratus.

"Honda Malaysia menjual 28,000 unit sepanjang Januari hingga April 2019, menguasai 15 peratus perkongsian pasaran," kata Toichi.

Jumlah jualan berkenaan membolehkan Honda Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai jenama bukan nasional nombor satu di Malaysua dalam Jumlah Jualan Kenderaan (TIV) di negara ini.

Related

412
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda City, Honda CR-V, Honda Jazz, Honda Malaysia, Passion Red Pearl, Toichi Ishiyama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev