• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Tak Terkejut Sangat Quartararo Boleh Dapat Petak Pertama di Jerez

Rossi Tak Terkejut Sangat Quartararo Boleh Dapat Petak Pertama di Jerez

May 5, 2019 By Aryon Leave a Comment

302
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETIAP kali ada sesuatu isu tentang MotoGP, memang ada saja wartawan akan pergi meminta pendapat kekanda Valentino Rossi. Kali ini tentang kejayaan rookie Fabio Quartararo, 20, daripada pasukan Petronas Yamaha SRT yang menjadi pelumba termuda bermula di petak pertama MotoGP seleas tamat aksi pusingan kelayakan di Jerez, semalam.

Rakan sepasukan, Francesco Morbidelli turut mengejutkan ramai pemerhati apabila bermula di petak kedua, sekali gus menjadi duo pertama bermula di petak depan untuk musim ini. Malah, Petronas Yamaha SRT ialah pasukan pertama yang baru masuk kelas premier dan ini baru pusingan keempat. Banyak sejarah sudah terlakar.

BACA >>> Pelumba Termuda Mula Petak Pertama MotoGP, Petronas Yamaha SRT Lakar Sejarah

Aku terkejut juga la macam orang lain sebab depa dapat nombor satu dan dua. Tapi tak terkejut dengan tahap Franco (Morbidelli) sebab aku tau sangat pasal dia. Sama juga Quartararo sebab masa ujian musim sejuk lepas depa memang dah laju dan depa suka motor tu.

"Kat Jerez depa kuat dalam semua sesi latihan (FP), dan hari ini (semalam) depa gunakan kekuatan tu untuk dapatkan tempat pertama dan kedua. Jadi tahniah je la kat depa.

"Mungkin depa lagi baguih dari aku, lagi laju dari aku, depa ride dengan cara baguih, depa macam suka sangat Jerez sejak beberapa tahun lepas.  Bagi aku, Jerez susah, tapi penting untuk kerja kuat malam ini sebab aku tak kuat sangat kat beberapa tempat. Tapi kalau kami kerja baguih dan dapat improve pace, aku takkan jauh dari depa," kata kekanda yakin.

Rossi turut mengulas tentang jentera ditunggang Quartararo;

Apa yang aku tau, motor Quartararo sama, tapi tak serupa dengan motor Johann Zarco (2018). Semua empat motor  (pasukan pengilang dan satelit) sangat sama. Aku tau motor Franco sedikit sama macam motor factory dari segi komponen, dan motor Quartararo pula guna casis sama.

"Quartararo ride sangat baguih dan boleh masuk corner dengan sangat natural. Kat kawasan tu la aku rasa tak berapa nak selesa. Aku dah improve tapi masih tak fantastik sangat. Jadi kena la kerja lebih sikit," kata Rossi lalu terus menuang minuman tenaga Monster Energy ke dalam tekaknya dengan sekali tegukan sahaja.

BACA >>> Rossi Kagum dengan Pelumba Petronas Yamaha, Baru 19 Tahun Sudah Lumba MotoGP

Related

302
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fabio Quartararo, franco morbidelli, Monster Energy Yamaha, MotoGP, Petronas Yamaha SRT, sukan permotoran, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev