BOSCH Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) memperkenalkan kempen keselamatan ‘Drive for Life’ (Pemanduan Sepanjang Hayat) dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemandu tentang kepetingan penyelenggaraan kenderaan secara berkala dan menggunakan alat ganti kenderaan berkualiti.
Kempen dengan kerjasama Petron itu akan menawarkan servis pemeriksaan kenderaan percuma pada musim balik kampung pada 18-19 Mei dan 25-26 Mei di stesen minyak Petron terpilih sekitar Lembah Klang. Pemeriksaan itu melibatkan 25 mata antaranya keadaan bateri, minyak enjin, bunga tayar dan ketebalan brek pad.
BACA>>>Bosch Malaysia Prihatin - Wiper Baharu Lebih Tahan Lasak Diperkenalkan
Di samping itu, aktiviti lain yang disediakan termasuklah siri bengkel pendidikan pemandu tentang penyelenggaraan asas kereta, meningkatkan kurikulum pemanduan dan memperkasakan generasi mekanik. Tidak ketinggalan kempen itu turut melibatkan golongan wanita #BoschEmpowersWomen kerana mereka juga perlu mengetahui tentang asas penyelenggaraan.
Berdasarkan survei yang dijalankan tahun lalu pihak Bosch AA mendapati lebih daripada 50 peratus pemandu kurang pengetahuan tentang asas servis kereta dan ia memberi kesan kepada keselamatan penumpang, kereta dan jalan. Melalui kempen itu, pakar automotif akan melengkapi pemandu dengan ilmu selenggara asas kenderaan apabila berdepan masalah.
BACA>>>Pulang Kampung Beraya Secara Percuma Bersama Bosch - Rugi Kalau Tak Sertai!
Selain itu, survei juga mendapati 70 peratus kereta rosak berpunca daripada bateri manakala dari 50 peratus pemandu hanya satu peratus sahaja wanita mengetahui cara menyelesaikan masalah apabila kereta rosak.
Leave a Reply