• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Yamaha 125ZR Ini Dibeli RM45k, Tambah Lagi Kos Ubah Suai RM17k!

#BikinMotor: Yamaha 125ZR Ini Dibeli RM45k, Tambah Lagi Kos Ubah Suai RM17k!

May 2, 2019 By Aryon Leave a Comment

21k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOLONG jangan terkejut, harga Yamaha 125ZR versi original di Vietnam ialah sekitar 250 juta dong (RM44,500), tetapi pemilik seorang ini menambah lagi 100 juta dong (RM17,700) untuk menaik taraf kapcai 2-lejang yang sudah ditamatkan pengeluaran ini.

125ZR, yang dipanggil 'Ya Z' atau 'Ya Shark' dalam kalangan mat motor Vietnam, memang sangat popular di negara Asean, termasuk negara kita juga. Malah model itu pernah menduduki ranking teratas sebagai motor paling panas kerana menjadi buruan pencuri motosikal di Vietnam sebelum takhta kapcai popular diserahkan kepada Exciter (Y15ZR) dan Honda Winner (RS150R).

BACA >>> #RetroAuto: Raja Kapcai Dua Dekad - Yamaha 125 yang Revolusioner!

Seorang fanatik motosikal di Bien Hoa, selatan Vietnam baru saja menaik taraf 125ZR dengan melengkapkan kapcai itu dengan pelbagai aksesori berjenama yang pasti membuatkan peminat kapcai terliur melihatnya.

Menurutnya, dia menukar banyak komponen dan alat ganti 125ZR asal dengan hanya mengekalkan warna dan grafik asal sahaja. Ubah suai pertama ialah menukar tuil brek Brembo RCS Corsa Corta dan set brek, termasuk reservoir minyak brek dan terotel Domino untuk pecutan lebih lancar dan buas.

Unit brek dinaik taraf dengan kaliper brek Brembo Billet yang dipadankan bersama cakera NG di depan dan Galfer di belakang. Minyak brek kemudian disalurkan menerusi sistem minyak Earl's dan pad brek untuk ekstra cengkaman ketika membrek pada bila-bila masa.

BACA >>> HLYM Naik Taraf Laman Web Yamaha Malaysia, 125ZR dan FZ150i Selamat Dipencenkan

Rim asal 125ZR digantikan dengan jenama Daytona, manakala set tayar menggunkan Dunlop T900. Walaupun sekali pandang nampak kurang menyerlah berbanding rim asal, tetapi rim Daytona ini sangat ringan dan mampu memberikan tambahan prestasi. Seperti semua tahu, lebih ringan, maka lebih laju.

Komponen paling mahal ialah absorber belakang Nitro dengan kod R3 yang berharga kira-kira 22.5 juta dong (RM3,900)! Walaupun tidak sepopular Öhlins, Nitron memang terkenal sebagai jenama absorber berkualiti tinggi. Antara sebab kenapa pemilik ini memilih Nitron ialah opsyen damper beban yang boleh dikustom mengikut kemahuannya.

Supaya kekal seimbang ketika memecut laju, pemilik kapcai ini tidak lupa menggunakan set damper stereng Matrix. Ini dipasangkan sebagai peranti tambahan yang membolehkan pemiliknya bebas melaraskan tahap ketegaran stereng motosikal.

125ZR ini dijana enjin 2-lejang silinder tunggal 124.3cc berkuasa 17hp dan tork 16.1Nm. Namun bahagian enjin tidak diusik, cuma bertukar sistem ekzos penuh R9, jenama dari Indonesia, dan dikemaskan dengan skru titanium Proti.

Menurut pemilik fanatik 125ZR ini, semua proses modifikasi mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan dengan belanja seperti disebut pada mukadimah artikel, iaitu 100 juta dong (RM17,700). Sekarang tambahkan pula dengan harga beli kapcai ini, 250 juta dong (RM44,500). Hah, kiralah sendiri berapa mamat Vietnam ni dah berhabis duit.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Astrea 800 Jadi Super Cub Jepun, Kenapa Perlu Bayar Lebih?

GALERI

Related

21k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, Bikin Yamaha 125ZR, Hobi Kami Malah, Modifikasi, Vietnam, Yamaha, Yamaha 125ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev