Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pesakit Jantung Pulih Selepas Ambulans Terlanggar Jalan Berlubang Besar
Auto Terkini

Pesakit Jantung Pulih Selepas Ambulans Terlanggar Jalan Berlubang Besar

Han OthmanBy Han Othman20/12/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA orang akan marah kalau jalan berlubang, tetapi lain pula lelaki ini. Dia mungkin antara sekian banyak pengguna jalan raya yang akan berterima kasih kepada jalan berlubang.

Seorang lelaki berusia 59 tahun dibawa ambulans akibat serangan jantung yang menyebabkan kadar  jantungnya berdegup luar biasa, iaitu mencapai 200 kali seminit. Namun, ambulans dinaiki pesakit itu boleh pula terlanggar satu lubang besar ketika dalam perjalanan ke hospital dan secara mengejut mengembalikan semula degupan jantung mangsa kepada normal.

Insiden jarang-jarang terjadi ini berlaku di Nebraska, Amerika Syarikat apabila ambulans yang membawa mangsa perlu melalui laluan sejauh 11km yang dipenuhi permukaan jalan berlubang. Kalau sudah hal kecemasan, memang tiada masa ambulans hendak bawa perlahan-lahan, dan masa yang diambil untuk menamatkan jarak penuh mencabar tersebut ialah 20 minit.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 10 Negara Paling Bahaya Memandu di Dunia

Pengawai perubatan di hospital Nebraska, Dr Andrew Goldsweig, salah satu cara merawat serangan jantung aritmia ialah menggunakan alatan khas untuk mengenakan kejutan elektrik pada dada pesakit.

“Secara klasik, kita biasa lihat di televisyen. Ada alat, ‘clear’ dan kenakan kejutan. Sekarang anda boleh buat dengan lubang jalan,” katanya.

Apapun ingat, ini bukan prosedur perubatan yang betul, cuma  ajalnya belum sampai. Jangan pula kalau ada sesiapa kena serangan jantung nanti, sanggup pula kita cari dan sondol masuk kereta ke dalam jalan berlubang sampai mangsa terkejut. 😅

BACA >>> #Videotomotif: Sebastian Vettel Pandu Ambulans dan Kalahkan Ferrari

SUMBER: FoxNews

Ambulans Amerika Syarikat Aritmia Arrhythmia Auto Terkini Berita Dunia Jalan Berlubang Nebraska Sakit Jantung
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

12/03/2026
Auto Terkini

Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

12/03/2026
Auto Terkini

AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

12/03/2026
PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
Auto Terkini

PMX: Bekalan Petroleum Malaysia Cukup Hingga Mei

12/03/2026

1 Comment

  1. Dr Strange on 02/05/2019 08:44

    It possible just spontaneously reverted to sinus rhythm .

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.