• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beli-Belah Atas Talian, Bisnes Van Komersial Mampu Jana Ekonomi Ratusan Bilion!

Beli-Belah Atas Talian, Bisnes Van Komersial Mampu Jana Ekonomi Ratusan Bilion!

May 7, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI fakta yang harus diakui, trend pengguna masa kini ialah membeli-belah atas talian atau online. Nampak macam biasa-biasa dan mudah, tetapi konsep baharu beli-belah ini, dan perniagaan pemanduan van menyumbang lebih £125.2 bilion (RM582 bilion) untuk ekonomi Britain pada 2017, meningkat 32 peratus sejak 2012.

Ford dalam satu laporan mendapati membeli-belah atas talian dan peningkatan golongan bekerja sendiri ialah salah satu faktor kepada perkembangan besar pengguna van komersial.

BACA >>> Maxx 'N Go-Shopee Tawar Pakej Beli dan Pasang Aksesori, Alat Ganti Kenderaan

SUMBANG EKONOMI LEBIH 3 TRILION!

Sumbangan ekonomi berjumlah €675 bilion (3.13 trilion) pada 2017 itu, melebihi keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara seperti Argentina, Arab Saudi dan Switzerland. Jumlah tersebut meningkat 19 peratus daripada €569 bilion (RM2.64 trilion) pada 2012.

Di Britain, syarikat yang ada kebergantungan besar pada van komersial menyumbang hampir enam kali ganda berbanding pendapatan bola sepak Eropah setahun, iaitu £22 bilion (RM102 bilion), merangkumi 6.2 peratus KDNK negara itu.

Fakta diperoleh itu ialah dapatan laporan 'Ekonomi Penggunaan Van Komersial Seluruh Eropah' (Economics of Commercial Van Usage Across Europe) yang dikompilasikan Pusat Penyelidikan Ekonomi dan  Perniagaan (CEBR).

Ford ialah peneraju dalam kenderaan komersial selama 54 tahun dan secara langsung meraih laba daripada perkembangan berkenaan. Selain van dengan teknologi konvensional, Ford bakal memperkenalkan van Transit Electric dalam menyahut undang-undang emisi yang semakin ketat.

BACA >>> Cuci Kereta Online dengan KwikWash, Tidak Perlu Lagi Beratur dan Tunggu!

Jumlah van atas jalan raya Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol, Turki dan Britain meningkat 10 peratus antara 2013-2018. Jumlah itu meningkat 23,250,000 unit kepada 25,690,000 unit van dengan pertumbuhan paling pesat di Turki (31 peratus), Jerman (24 peratus) dan Britain (20 peratus).

BELI-BELAH ONLINE MENINGKAT MENDADAK

FindYourFord.com
ford-online-shopping-2
ford-online-shopping-3

Berdasarkan laporan CEBR, ada dua trend utama dalam perkembangan itu, servis kurier barangan atas talian dan pertambahan golongan bekerja sendiri selepas krisis ekonomi. Lebih separuh penduduk Kesatuan Eropah (EU) membuat pembelian atas talian pada tahun lalu (2018), meningkat 83 peratus di Britain, 80 peratus (Belanda) dan 77 peratus (Jerman).

Bagi menangangi undang-undang emisi yang semakin ketat, Ford bakal memperkenalkan model tenaga baharu seperti Ford Transit elektrik, Transit Custom Plug-In Hybrid dan Tourneo Custom dengan teknologi hibrid plug-in. Ford Transit Custom Plug-in Hybrid akan mula dijual tahun ini, pada harga bermula £39,145 (RM211,100).

Apa yang penting berdasarkan CEBR, tabiat merayau sambil klik pelayar komputer atau skrin telefon pintar untuk membeli-belah sebenarnya merangsang satu ekosistem ekonomi baharu. Memang hebat!

BACA >>> Fakta Unik, Van Komersial Ford Transit Custom Jadi Kenderaan Kedua Terlaris di Britain

Ford LCV.01
Ford LCV.02
Ford LCV.03
Ford LCV.04
Ford LCV.05

Related

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Beli-Belah Atas Talian, Economics of Commercial Van Usage Across Europe, Ford, Ford Transit, Ford Transit Custom Plug-in Hybrid, Online Shopping

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev