• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: 'Pusing Mileage' Jejaskan 1.6j Kenderaan di AS, Malaysia Pun Hadapi Isu Sama

Kajian: 'Pusing Mileage' Jejaskan 1.6j Kenderaan di AS, Malaysia Pun Hadapi Isu Sama

April 29, 2019 By Han Othman Leave a Comment

7.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini kita mungkin pernah dengar-dengar saja pasal isu 'pusing mileage' atau tipu odometer dilakukan penjual kenderaan terpakai supaya kereta yang mahu dijual itu tidak nampak terlaju jauh bergerak. Perasan atau tidak kebanyakan odomoter kereta terpakai di Malaysia adalah sekitar 60,000km-70,000km sahaja.

Sebenarnya isu tersebut bukan saja jadi masalah dalam kalangan pengguna Malaysia, tetapi juga di Amerika Syarikat (AS). Ini berdasarkan kajian dilakukan penulis CarFax, Chris Basso dan pasukannya yang mendedahkan terdapat kira-kira 1.6 juta kenderaan di AS sudah diubah jarak perbatuan odomoter. Ini jumlah yang mengejutkan!

BACA >>> Kereta Jarang Guna dan Pandu Jarak Dekat - Kena Servis Ikut Masa atau 'Mileage'?

Menurut Basso, isu tersebut menyebabkan pengguna kerugian jutaan dolar kerana pembeli biasanya perlu bayar lebih untuk membeli kenderaan dengan perbatuan rendah.

UJI SENDIRI TRIK TIPU MILEAGE

Malah, trik merendahkan perbatuan dengan memutarkan odomoter itu diuji sendiri Basso dan pasukannya ke atas sebuah model Chevrolet Silverasi (2006) dengan perbatuan 230,323 batu (370,669 km). Dengan bantuan peranti murah yang disambungkan kepada komputer kereta, ia dapat dibuat sepantas kurang 30 saat untuk menukarkan perbatuan asal kepada 130,483 batu (209,992 km).

Beza jumlah tersebut cukup besar yang mana, trak pikap itu sepatutnya cuma berharga kira-kira AS$3,700 (RM15,300), tetapi selepas odometer dilaraskan semua, ia boleh dijual pada harga AS$8,000 (RM33,000)! Lebih dua kali ganda daripada harga asal mengikut tukaran Ringgit Malaysia.

Data CarFax menganggarkan hampir 200,000 odometer dipusingkan setiap tahun, tetapi masih ada beberapa cara yang boleh pengguna lakukan untuk mengelak jadi mangsa. Syarikat laporan status kenderaan berasaskan web itu menawarkan pemeriksaan penipuan odometer percuma yang memerlukan pengguna memasukkan nombor pengenalan kenderaan (VIN) dan alamat e-mel. CarFax turut menawarkan laporan lanjutan pada kadar bayaran rendah.

Menarikkan? Alangkah bagus kalau ada syarikat di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan sama.

SUMBER: CarScoops

Related

7.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CarFax, Chris Basso, kajian, Kereta terpakai, Odometer, Odometer Rollback, Pusing Meter, Pusing Mileage, Tipu Mileage

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev