• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Zaqhwan Pelumba Terpantas Ujian Pra-Musim ARRC

Zaqhwan Pelumba Terpantas Ujian Pra-Musim ARRC

March 26, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

ZAQHWAN ZAIDI_ARRC_Pandulajudorcomdotmy (1)PELUMBA negara, Mohd Zaqhwan Zaidi menamatkan sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dengan mencatat masa terpantas dalam kategori SuperSports 600cc di Litar Pasir Gudang, Johor.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu melakukan catatan terbaik 1’31.112s pada hari terakhir dengan mengatasi Azlan Shah Kamaruzaman.

Azlan yang turun ke litar pada hari ketiga dengan objektif berbeza kekal dengan masa terbaik peribadi, 1’31.616s diikuti Tomoyoshi Koyama (T.Pro Yuzy Honda NTS) mencatat masa ketiga terbaik, 1’31.773s.

ZAQHWAN ZAIDI_ARRC_Pandulajudorcomdotmy (2)“ Saya agak terkejut kerana berjaya mencatat masa terpantas memandangkan semua pelumba terus memperbaiki catatan mereka dalam setiap sesi,” kata Zaqhwan.

Sementara itu, juara bertahan kelas Asia Production 250cc, Takehiro Yamamoto sekali lagi bersaing sengit dengan pelumba Thailand, Apiwat Wongthananon (Yamaha Thailand Racing Team).

Saingan musim 2015 menyaksikan Yamamoto menerima tentangan hebat trio AP Honda, Apiwat dan Nakarin Atiratphuvapat serta Vorapong Malahuan. Bagaimanapun musim ini Nakarin beralih ke siri Kejuaraan Motosikal Sepanyol manakala Apiwat beralih ke pasukan Yamaha.

ZAQHWAN ZAIDI_ARRC_Pandulajudorcomdotmy (3)Sesi tiga hari kelas Asia Production 250cc pula dikuasai oleh Apiwat dengan masa terbaik 1’45.057s diikuti Yamamoto ketinggalan 0.4s di belakang dengan masa 1’45.402s. Gandingan baharu Apiwat musim ini, Anupab Sarmoon dan Peerapong Loiboonpeng mencatat masa ketiga dan keempat terbaik.

Dalam saingan Underboon 130cc, duo RCB AGE Motobatt Yamaha YY Pang, Md Adib Rosley dan Md Izzat Zaidi mengetuai barisan pelumba lain dengan catatan terbaik 1’53.146s dan 1’53.343s. Pelumba FELDA PB Racing, Md Shah Khairil Hisham ketiga, 1’54.744s.

KEPUTUSAN:

SuperSports 600cc:
1. Md Zaqhwan Zaidi (MAS), 1’31.112s;
2. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS), 1’31.616s;
3. Tomoyoshi Koyama (JPN), 1’31.773s;
4. Decha Kraisart (THA), 1’31.779s;
5. Ratthapong Wilairot (THA), 1’32.233s;

Asia Production 250cc:
1. Apiwat Wongthananon (THA), 1’45.057s;
2. Takehiro Yamamoto (JPN), 1’45.402;
3. Anupab Sarmoon (THA), 1’45.611s;
4. Peerapong Loiboonpeng (THA), 1’45.620s;
5. Somkiat Chantra (THA), 1’45.781s;

Underbone 130cc:
1. Md Adib Rosley (MAS), 1’53.146s;
2. Md Izzat Zaidi (MAS), 1’53.343s;
3. Md Shah Khairil Hisham (MAS), 1’54.744s;
4. Iqbal Amri Malik (MAS), 1’55.089s;
5. Azroy Hakeem Anuar (MAS), 1’55.466s

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: ARRC, Azlan Shah kamaruzaman, Kejuaraan Motosikal Asia FIM, Litar Pasir Gudang, Mohd Zaqhwan Zaidi, Pra tempahan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev