• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW Motorrad Malaysia Perkenal 4 Model Baharu untuk Pasaran Tempatan

BMW Motorrad Malaysia Perkenal 4 Model Baharu untuk Pasaran Tempatan

April 26, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

389
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAGI memenuhi pelbagai keperluan dan gaya hidup pengguna, BMW Motorrad Malaysia mengukuhkan lagi portfolio produk jenama itu menerusi pengenalan dua model skuter urban: BMW C 400 X dan BMW C 400 GT, dan dua model enduro serba boleh: BMW F 750 GS dan BMW R 1250 RT baharu.

BMW C 400 X | BMW C 400 GT

BMW C 400 X_3
BMW C 400 X_6
BMW C 400 X_7
BMW C 400 X_8
BMW C 400 X_1
BMW C 400 X_4
The All-New BMW C 400 X (2)
The All-New BMW C 400 X (3)
The All-New BMW C 400 X (4)
BMW C 400 X_2
BMW C 400 X_5
BMW C 400 X_9

BMW C 400 X menampilkan komponen konsep bentuk V di depan yang bukan sekadar imej dinamik, tetapi  menawarkan pengendalian lincah. Lampu depan LED asimetri besar dengan rekabentuk lampu siang tersendiri menyerlahkan ciri skuter urban saiz pertengahan.

Konsep ruang simpanan pintar dengan dua ruang bersepadu, dan ‘flexcase’ bawah pelana menawarkan praktikaliti untuk pemilik meletakkan barangan.

BACA>>>#EICMA2017: BMW C 400 X - Gaya Baharu Skuter Urban yang Menyeronokkan

BMW C 400 GT_11
BMW C 400 GT_10
BMW C 400 GT_9
BMW C 400 GT_8
BMW C 400 GT_1
BMW C 400 GT_2
BMW C 400 GT_3
The All-New BMW C 400 GT (4)
The All-New BMW C 400 GT (5)
The All-New BMW C 400 GT (6)
The All-New BMW C 400 GT (3)
BMW C 400 GT_4
BMW C 400 GT_5
BMW C 400 GT_6
BMW C 400 GT_7

BMW C 400 GT ialah skuter maksi dengan padanan teknologi pencahayaan LED menerusi rekabentuk lampu depan LED kembar bercirikan aerodinamik.

Pelana ergonomik  menjamin keselesaan tunggangan jauh dan bahagian belakang langsing memudahkan skuter ini menyelit di tengah kesesakan bandar. C 400 GT terdiri daripada penyandar berasingan, manakala penunggang dan pembonceng dapat merehatkan kaki atas platform letak kaki yang disepadukan pada badan skuter.

ENJIN SAMA

Kedua-dua skuter dijana enjin 350cc berkuasa 24hp @ 7,500rpm dan tork 35Nm @ 6,000rpm. Hantaran kuasa dipacu kotak gear CVT. BMW Motorrad turut menawarkan kluster instrumen TFT 6.5 inci berwarna dengan paparan pelbagai informasi kenderaan.

Malah, ciri BMW Motorrad Multi-Controller memudahkan akses kepada fungsi kenderaan dan konektiviti. Selain memudahkan penggunaan telefon pintar dan mendengar muzik ketika menunggang, pemilik juga dapat menikmati fungsi navigasi yang dapat dicapai menerusi BMW Motorrad Connected App.

BACA >>> 3 Big Bike Automatik Bukan Skuter yang Anda Boleh Beli di Malaysia

Skuter mobiliti urban ini didatangkan dengan penghidup tanpa kunci dan ciri keselamatan standard seperti Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

C 400 X ditawarkan dalam tiga warna: Zenith Blue Metallic (biru metalik) dan Black Storm Metallic (hitam metalik) dan Alpine White (putih) pada harga RM 44,500.

C 400 GT baharu ditawarkan dalam warna: Alpine White (putih), dan Moonwalk Grey (kelabu)
Black Storm Metallic (hitam metalik) pada harga RM48,500.


BMW R 1250 RT


Sejak lebih 35 tahun, enjin boxer’ dalam model GS dan RT menjadi daya tarik tersendiri, berkuasa tinggi dan reliabel apabila melibatkan perjalanan santai yang panjang atau pendek. BMW R 1250 RT baharu juga tidak terkecuali.

Dipadankan enjin boxer bersesaran 1254cc, R 1250 RT dapat menjana kuasa 136hp dan tork 143Nm. Penambahbaikan dan pemanduan lancar optimum diterapkan, terutamanya pada julat rev enjin rendah. Enjin baharu juga menawarkan tahap emisi dan penggunaan bahan api lebih baik.

BACA >>> Foto Akhir BMW R 1250 GS dan R 1250 RT Baharu Akhirnya Didedahkan

Buat kali pertama, teknologi pemasaan variabel BMW ShiftCam Technology diterapkan pada siri enjin BMW Motorrad. Ini membolehkan variasi pemasaan injap dan lejang injap dibuat menerusi bahagian salur masuk (engina intake). Aci sesondol ambilan direka untuk bukaan asinkroni bagi kedua-dua injap salur masuk tersebut lantas menghasilkan pusaran lebih baik dan pembakaran lebih efektif.

Ketenangan tunggangan diserahkan kepada sistem keselamatan Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Pro dan Kawalan Mula Daki (HSC). Ada juga ciri mod tunggangan Pro Riding Mode, terdiri daripada: Dinamik, Kawalan Tork Dinamik (DTC), HSC Pro dan Bantuan Brek Dinamik (DBA) sebagai ciri baharu model ini.

BACA >>> Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 3] - Adventure Touring

R 1250 RT baharu menyerlahkan karakter kembara eksklusif menerusi tiga warna: gaya Sport dalam warna Mars Red (merah), Elegan dengan Carbon Black (hitam), dan Klasik untuk Alpine White (putih). Harga jualan ialah RM139,500.

BMW R 1250 RT
BMW R 1250 RT
BMW R 1250 RT_5
BMW R 1250 RT_1
BMW R 1250 RT_2
BMW R 1250 RT_3
BMW R 1250 RT_4
The New BMW R 1250 RT (1)
The New BMW R 1250 RT (2)
The New BMW R 1250 RT (3)
The New BMW R 1250 RT (5)
The New BMW R 1250 RT (6)
The New BMW R 1250 RT (7)
BMW R 1250 RT
BMW R 1250 RT
BMW R 1250 RT
BMW R 1250 RT
BMW R 1250 RT
BMW R 1250 RT
BMW R 1250 RT
BMW R 1250 RT

BMW F 750 GS


BMW F 750 GS dihasilkan untuk  penunggang yang gemarkan sensasi tunggangan dan rekabentuk berkonsepkan enduro jelajah dengan kombinasi pelana rendah, kuasa tinggi dan kualiti terbaik. Model baharu ini dilengkapi enjin 2-silinder sebaris berkuasa tinggi yang ditala semula, dan dua aci imbang lawan (counter-balanced cam) yang dapat menyerap getaran tidak diingini.

Ia juga menawarkan tempoh pencucuhan 270º/450º untuk bunyi lebih gemuruh. Enjin 853cc meledakkan kuasa 77hp @ 7,500rpm dan tork 83Nm @ 6,000rpm dengan transmisi sirat malar aka constant mesh 6-kelajuan dengan pacuan sekunder sebelah kiri.

BACA >>> BMW F 700 GS & BMW F 800 R Diperkenalkan (2015)

Ada dua mod tunggangan: Road dan Rain untuk respon terotel lebih halus, manakala ciri keselamatan terdiri daripada Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), Kawalan Tork Dinamik (DTC) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

F 750 GS  dilengkapi kluster instrumen terkini dengan ciri konektiviti menerusi yang dipaparkan pada skrin TFT berwarna 6.5 inci. Ada tiga pilihan warna: kuning metalik, kelabu metalik dan putih, manakala harga model ini ialah RM71,500.

The New BMW F 750 GS (1)
The New BMW F 750 GS (2)
BMW F 750 GS_6
BMW F 750 GS_4
BMW F 750 GS_1
The New BMW F 750 GS (3)
The New BMW F 750 GS (4)
BMW F 750 GS_5
BMW F 750 GS_3
BMW F 750 GS_8
BMW F 750 GS_9
BMW F 750 GS_10
BMW F 750 GS_2
BMW F 750 GS_11
BMW F 750 GS_7

Related

389
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW C 400 GT, BMW C 400 X, BMW F 750 GS, BMW Motorrad, BMW Motorrad Malaysia, BMW R 1250 RT, roda2, skuter maksi, skuter urban, touring

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev