• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ghosn Bebas Kali Kedua dengan Ikat Jamin RM18.6 Juta, dan Dilarang Jumpa Isteri

Ghosn Bebas Kali Kedua dengan Ikat Jamin RM18.6 Juta, dan Dilarang Jumpa Isteri

April 25, 2019 By Han Othman Leave a Comment

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MANTAN Pengerusi Renault dan Nissan, Carlos Ghosn dibebaskan daripada penjara buat kali kedua selepas mahkamah Tokyo membenarkan ikat jamin berjumlah 500 juta yen (RM18.6 juta).

Mahkamah turut menetapkan syarat ikat jamin, iaitu Ghosn tidak dibenarkan berjumpa dan berkomunikasi dengan isterinya, Carole tanpa keizinan, menurut Reuters. Carole dituduh campur tangan dalam penangkapan kali kedua Ghosn awal bulan ini dengan merayu Kerajaan Perancis membantu suaminya itu.

Pasukan pendakwa merayu keputusan ikat jamin itu, tetapi jika rayuan mereka ditolak, Ghosn pula akan dibebaskan dari penjara hingga tiba hari perbicaraan tahun ini. Susulan pembebasan itu, Ghosn akan dipantau dan tidak dibenarkan meninggalkan Jepun.

BACA >>> Ghosn Lepaskan Jawatan dalam Renault, CEO dan Pengerusi Baharu Dilantik

Tuduhan terbaru ke atas mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nissan itu ialah menerima wang haram kira-kira AS$5 juta (RM20.7 juta) daripada pengeluar automotif Jepun itu untuk kegunaan peribadi, memindahkan kerugian kewangan peribadi sementara ke akaun syarikat dan menipu pampasan diri.

BACA >>> Sebuah Kisah Panjang Carlos Ghosn, Siapakah Dia dan Apakah Skandal Dilakukannya?

Ini ialah kali kedua Ghosn dibebaskan dari penjara atas ikat jamin, dan juga pusingan terbaharu dalam skandal penipuan kolar putih tahap global yang mencetuskan ketegangan antara Renault dan Nissan. Nissan dilaporkan menolak caangan integrasi pengurusan daripada rakan kongsinya, Renault yang memiliki 43.3 peratus saham dalam pengeluar automotif Jepun itu.

Ghosn menafikan segalan tuduhan salah laku sambil mendakwa beliau menjadi mangsa rampasan kuasa dalam kalangan ahli lembaga pengarah Nissan, dan menuduh dikhianati rakan sekerjanya.

SUMBER: Reuters

Related

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Carlos Ghosn, Mantan Pengerusi Renault dan Nissan, Nissan, Renault, Skandal Carlos Ghosn

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my