PANDULAJU bersama sekumpulan media lain baru saja pulang dari Pulau Langkawi untuk sesi pandu uji Volkswagen Passat B8.
Seperti dimaklumkan dalam artikel sebelum ini, Volkswagen Passat B8 bakal dilancarkan secara rasmi pada 16 November depan.
Hadir dalam dua pilihan enjin, Volkswagen Passat B8 menerima pelbagai pembaharuan dari segi rekaan, enjin dan teknologi baharu jika dibandingkan dengan versi terdahulu.
Jadi apa perbezaan atau ciri baharu yang ada pada Volkswagen Passat B8 ini? Untuk memudahkan anda, kami sediakan lapan perkara mengenai Volkswagen Passat B8;
1. DUA PILIHAN ENJIN
Jika sebelum ini Volkswagen Passat B7 hanya hadir dengan enjin 1.8L, kini Volkswagen Passat B8 didatangkan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.8L dan 2.0L.
- Volkswagen Passat B8 1.8L - 1.8 TSI turbo; 7-kelajuan; 178hp; 250Nm
- Volkswagen Passat B8 2.0L - 2.0L TSI; 6-kelajuan; 218hp; 350Nm
2. TIGA VARIAN
Volkswagen Passat B8 hadir dalam tiga varian. Dua daripadanya menggunakan enjin 1.8L manakala selebihnya 2.0L.
Bagi enjin 1.8L, ia didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu Trendline (asas) dan Comfortline. Manakala Volkswagen Passat B8 2.0L pula hanya ditawarkan dalam satu pilihan saja iaitu Highline (varian tertinggi).
3. LUARAN SPORTY
Ketika kali pertama bertentang mata dengan Volkswagen Passat B8, ia tampak awesome dan sporty. Sekilas imbas, rekabentuk seiras model Audi terutamanya pandangan belakang. Berbanding generasi sebelumnya, Volkswagen Passat B8 nampak lebih lebar.
4. REKEBENTUK AWESOME
Berbanding Volkswagen Passat B7, model sedan segmen-D generasi ke-8 ini memiliki tubuh badan lebih awesome. Baik dari hadapan mahupun belakang. Ia juga 90kg lebih ringan berbanding Volkswagen Passat B7. Berikut adalah ciri-ciri luaran yang dipadankan pada Volkswagen Passat B8;
Volkswagen Passat B8 1.8 Trendline:
- Rim Aragon 16-inci
- Lampu kabus depan dan belakang
- Lampu belakang LED
Volkswagen Passat B8 1.8 Comfortline ditambah:
- Rim Istanbul 17-inci
- Lampu utama LED sepenuhnya bersama lampu nyalaan siang LED
Volkswagen Passat B8 2.0 Highline ditambah lagi:
- Rim aloi Dartford 18-inci
- Ekzos berkembar bersama trapezoid krom
5. PANEL METER DIGITAL
Hanya ditawarkan dalam varian 2.0L Highline, ruangan panel meter dipadankan dengan Active Info Display. Paparan meter digital ini turut digunakan pada kenderaan Audi.
6. LEBIH RINGAN
Volkswagen Passat B8 memiliki berat badan 90kg lebih ringan berbanding versi terdahulu.
7. SAIZ BADAN LEBIH LEBAR
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, model generasi ke-8 ini adalah lebih lebar berbanding versi terdahulu. Berikut adalah perbezaan saiz dimensi antara Volkswagen Passat B7 dan B8.
8. HARGA
Kami dimaklumkan Volkswagen Passat B8 menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Ini bermakna, harga jualan model pemasangan tempatan (CKD) dari Pekan, Pahang ini akan menjadi lebih murah.
Bagaimanapun, pihak Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) tidak mendedahkan angka jualan bagi kedua-dua varian ini. Berdasarkan pemerhatian, kami anggarkan ia akan dijual bermula RM160,000 hingga RM180,000.
Apa yang boleh kami simpulkan, Volkswagen Passat B8 adalah kenderaan yang awesome terutamanya varian 2.0L. Tak percaya? Pastikan anda pandu uji model ini sebaik saja ia dilancarkan 16 November depan.
Leave a Reply