Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 7 Mitos Kereta Sport yang Ramai Orang Anggap Betul, Tetapi Salah
Autotainment

#TahukahAnda: 7 Mitos Kereta Sport yang Ramai Orang Anggap Betul, Tetapi Salah

Han OthmanBy Han Othman20/04/20191 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA sport ialah ikon kelajuan, gaya dan kelas. Tetapi, apakah 7 mitos kereta sport yang ramai orang anggap betul?Apakah benar tanggapan kita mengenai kereta sport selama ini benar ataupun mitos semata-mata? Berikut ialah beberapa salah faham umum mengenai kereta sport dan penjelasan mengenai kenapa ia tidak benar.

BACA >>> 15 Kereta Sport Terbaik Pernah Dihasilkan Jepun

1. CUMA NAMA BESAR BOLEH BIKIN KERETA SPORT

tanner-foust-dan-ford-fiesta-2011

Ramai menganggap sesebuah kereta itu layak digelar kereta sport apabila tertera lambang Porsche, Ferrari atau Lamborghini pada bonet. Ini tidak benar kerana ada banyak pengeluar kereta sport walaupun reputasi mereka terkenal sebagai pengeluar kenderaan penumpang.

Contohnya, Ford yang dikenali umum sebagai pengeluar kereta famili dan trak pikap. Tetapi Ford juga mengeluarkan kereta sport seperti Ford GT-40 yang mampu menewaskan Ferrari. Ini termasuk model ikonik, Mustang dan jangan lupakan pula Focus ST dan Fiesta ST yang juga berprestasi tinggi. Pelumba rali, Tanner Foust pernah menjuarai kejohanan Global RallyCross hanya dengan dibantu model Fiesta berkuasa 600hp!

2. BERBUNYI SANGAT BISING

ferrari-brek

Hampir setiap adegan kejar-mengejar dalam filem aksi menunjukkan lagak kereta sport dengan kesan bunyi seretan tayar, ngauman enjin, anjakan gear dan jeritan brek. Realitinya, kereta sport tidaklah sebuas itu, sebaliknya lebih tenang berbanding apa yang dibayangkan.

Rata-rata kereta sport dibikin menjadi kenderaan yang bukan saja dapat dipandu pantas, tetapi juga tenang seperti mana kereta harian lain. Walaupun pemandu kereta sport gemar meligatkan bunyi enjin hingga mengaum kuat, ia turut boleh dipandu secara rileks, termasuk mengurangkan tahap kebisingan.

Sementara itu, jika anda memandu di dunia nyata dan terdengar bunyi brek, itu tandanya pad brek perlu ditukar baru dan bukan bermakna kereta anda hebat. Sebenarnya bunyi tayar boleh dikatakan sangat jarang berlaku. Pemanduan kereta sport sebenarnya lebih senyap dan selesa.

3. KUAT MAKAN MINYAK

isi-minyak-ferrari
Ramai orang percaya kereta sport ialah jentera yang hauskan minyak dan secara terang-terangan mengabaikan aspek kecekapan bahan api. Lamborghini Avantador misalnya mencatatkan penggunaan bahan api pada kadar 4.7km per liter (bandar) atau 7.2km per liter (lebuh raya). Namun masa berubah dan kereta sport hari ini bukan saja pantas, tetapi juga menjimatkan.

Jika anda merujuk kepada kereta sport janaan petrol tradisional, model Porsche 911 Carrera S ialah jawapannya dengan kemampuan menjana kuasa setinggi 400hp daripada enjin flat enam silinder 3.8L, tetapi masih lagi mampu mendapatkan bacaan bahan api 8.5km per liter atas lebuh raya.

Terdapat juga model hibrid sport seperti BMW i8 dengan pecutan 0-100kmj pada kelajuan di bawah 4 saat, manakala kereta elektrik seperti Fisker Karma atau Tesla Model D bukan saja menawarkan kecekapan tenaga, tetapi turut menghasilkan sifar emisi.

Akhir sekali, model Trident Iceni yang unik dengan enjin diesel turbo yang kebiasaannya sinonim dengan traktor dan trak pikap. Trident direka menjadi sebuah jentera berkuasa 660hp dan tork maksimum 1,423Nm serta pecutan 0-100kmj sepantas 3.7 saat dengan penggunaan bahan api cuma 23km per liter. Jimat dan berkuasa!

4. SKUP BONET & SPOILER BESAR BUATKAN KERETA LAJU

spoiler-besar
Banyak kereta lumba dilengkapi skup bonet dan spoiler. Bagi kereta yang perlu dipandu dalam kelajuan sangat tinggi atas trek, dua aksesori tambahan ini sememangnya berguna. Skup bonet memastikan enjin dapat disuapkan dengan udara sejuk yang mencukupi supaya dapat memecut pada tahap optimum, manakala spoiler berfungsi memberikan daya bawah sebagai bantuan ketika membelok.

Bagaimanapun, pada kelajuan rendah dan bagi kereta yang kurang berkuasa tinggi, aksesori tambahan langsung tidak berguna dan cuma kosmetik semata-mata yang sekadar membuatkan kereta anda ‘nampak’ laju. Malah, dalam situasi tertentu, saiz skup dan spoiler yang tidak sesuai dipasang hanya membuatkan kereta anda jadi lebih perlahan.

BACA >>> Kereta Sport Jadi Kenderaan Berniaga, Mamat Jepun Jual Ubi Manis Guna Mazda MX-5

5. SANGAT BAHAYA DIPANDU

bawa-kereta-laju
Betul, memandu kereta sport berpotensi mengundang bahaya dan fakta ini terpakai ke atas mana-mana kenderaan yang bergerak pada kelajuan ekstrem. Bagaimanapun, keupayaan memecut laju yang dihasilkan kereta sport juga menjadi platform bagi jurutera membangunkan teknologi keselamatan termaju yang kemudian menjadi perintis kepada keselamatan kenderaan umum.

Sistem suspensi berteknologi tinggi yang membenarkan roda bergerak bebas dihasilkan daripada inovasi teknologi perlumbaan, di mana sesebuah kereta itu lebih selamat jika keempat-empat tayar kekal atas jalan. Teknologi tayar baru dan sistem pembrekan dipertingkat juga dibangunkan untuk kereta berkelajuan tinggi.

Siapa menyangka penghasilan sangkar oleng (roll cage) daripada sistem tetiub logam (metal tubing) yang awalnya direka untuk melindungi kabin pemandu kereta lumba daripada remuk akibat kemalangan, tetapi kini diubahsuai untuk menguatkan struktur kerangka kereta penumpang.

6. KERETA MELETUP APABILA BERLANGGAR

lamborghini-terbakar
Di kaca TV dan filem, memang tidak sah kereta sport kalau tidak meletup apabila berlanggar. Adegan yang biasa dilihat ialah aksi seretan tayar, kereta bergolek berkali-kali dan si hero merangkak atau berlari keluar dari kabin sebelum kereta meletup kuat. Apa yang ditayangkan itu memang idea yang baik untuk sebuah filem aksi, tetapi kereta tidaklah mudah meletup seperti yang disangka, termasuk terbakar sekalipun.

Ini kerana bahan api petrol itu bukanlah jenis mudah terbakar. Ia ialah pengeluaran wasap yang membolehkan proses pembakaran (combustion) terjadi. Tangki bahan api pula direka untuk menghalang petrol daripada mengewap apabila terlibat perlanggaran, dan tekanan dalam tangki sentiasa tidak cukup untuk menyebabkan letupan berlaku.

Bagaimanapun, punca sebenar beberapa kes kereta terbakar secara tiba-tiba atau kemalangan yang menyebabkan kebakaran, ia sebenarnya disebabkan sambaran percikan api atau sumber nyalaan dalam tangki minyak. Namun, apa yang berlaku cuma kebakaran dan bukan letupan kuat seperti ditayangkan dalam tv dan filem.

7. KERETA SPORT MESTI MAHAL

ferrari-mahal
Faktanya, ada banyak kereta sport di pasaran yang lebih mampu milik dan pada masa sama tampil mengancam. Toyota dan Subaru menjadikan FR-S dan BRZ sebagai kembar, manakala Nissan menampilkan 350Z, Mazda (Miata), Ford (Mustang), Dodge (Challenger), dan Chevrolet (Camaro).

Semua kereta di atas boleh dibeli baharu pada harga kira-kira AS$30,000 (RM117,013, mengikut tukaran matawang langsung), lebih murah berbanding kebanyakan kereta sport jenama tertentu di pasaran. Malah, lebih banyak wang dapat dijimatkan apabila membeli kereta sport terpakai berprestasi terbaik seperti Honda S2000 yang ditamatkan pengeluaran pada 2016.

Kalau di Malaysia, kereta sport baharu Toyota 86 dapat dibeli pada harga sekitar RM260,000, semestinya lebih murah berbanding jenama seperti Porsche dan Ferrari yang harga bermula serendah setengah juta ringgit ke atas. Malah di pasaran kereta terpakai, harga kereta sport juga lebih murah.


KESIMPULAN

Sudah jelas sekarang? Anda perlu faham, kereta sport bukanlah sama seperti digambarkan dalam filem. Anda patut berfikir dua kali sebelum mempercayai apa yang didengar. Ada pelbagai kesalahan maklumat yang diperoleh umum. Jika anda pandai menyaringnya dengan menyingkirkan segala mitos yang berlegar, anda pasti sedar kereta sport sebenarnya bukanlah susah sangat didekati dan dijinakkan.

BACA >>> Evolusi Mazda RX-7, Legenda Kereta Sport Rotari yang Ditunggu-Tunggu Belum Tiba

Malangnya, kereta sport di Malaysia masih berada dalam kategori sangat mewah, dan peminat automobil biasa hanya berpeluang memilikinya di pasaran kereta terpakai, ataupun hanya mampu bermimpi di malam hari. 😛

autotainment fakta kereta sport Ford GT40 Kereta Sport mitos kereta sport Supercar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
E&O Express
Autotainment

#TahukahAnda: Malaysia Ada Perkhidmatan Kereta Api Mewah Ala Eropah?

20/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.