Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?
Autotainment

7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?

Han OthmanBy Han Othman18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


KHABARNYA Geely kini berada dalam kedudukan terbaik untuk menjadi rakan strategik Proton yang bakal diumumkan syarikat automotif nasional itu pada awal April ini. Walaupun ramai netizen menyuarakan kegusaran mengenai keputusan itu, tetapi kami di PanduLaju sebenarnya sentiasa positif dan tidaklah terlalu pesimis sangat.

Itupun jika kita sanggup berfikiran rasional, matang, dan tidak membiarkan diri menjadi hamba politik dalam membincangkan sesuatu isu secara profesional. Walaupun jauh di sudut hati amat mengharapkan Proton dapat terus kekal mandiri diterajui anak watan, tetapi kami juga tidak juga naif mengenai sepak terajang dunia korporat antarabangsa, terutama dalam industri automotif.

Persoalannya, perlukah kita risau jika Proton milik asing? Mungkin alasan di bawah ini adalah sebab mengapa kami masih kekal positif jika benar Proton menjual kepentingannya kepada entiti asing:

1. BUKAN PROTON SAJA MILIK ASING

Mahindra & Mahindra memiliki 70 peratus saham Ssangyong.
Mahindra & Mahindra memiliki 70 peratus saham Ssangyong.

Tahukah anda Volvo yang kini merancang membina kenderaan kalis maut menjelang 2020 adalah milik syarikat automotif China bernama Geely? Land Rover pula di bawah milikan Tata Motors dari India. SsangYong dari Korea (yang anda selalu banggakan tentang industri automotif negara itu) turut menjual 70 peratus saham kepada Mahindra & Mahindra, juga sebuah syarikat automotif di India.

Lama sebelum itu, Proton sudah sedia memiliki saham Lotus sejak 1996 (sudah 20 tahun). Jika sampai masa Proton perlu menjual sahamnya atas sebab tertentu, apa yang mahu dihairankan? Proton bukanlah satu-satunya syarikat automotif yang melakukan perkara seumpama itu.

2. PERTAHAN JENAMA LEBIH PENTING

DeLorean-DMC
DMC antara jenama pengeluar automobil yang sudah berkubur.

Jenama atau marquee pengeluar automotif adalah mewakili negara asal, bukan negara si pemilik saham terbesar syarikat itu. Jika sesebuah pengeluar automobil ‘bungkus’, maka secara automatik hilanglah nama negara yang diwakili jenama syarikat tersebut dalam radar industri automotif dunia. Bukankah itu lebih teruk? Sebab itulah kenapa banyak pengeluar automobil ternama dunia – yang semestinya kaya dengan legasi sejarah – tidak menunggu lama dalam menangani isu pemilikan kepentingan syarikat masing-masing. Mereka rasional!

3. PATRIOTISME KORPORAT ERA BARU

pengerusi-tata-dan-landrover
Pengerusi Tata Group, Ratan Tata.

Siapa peduli pasal Geely yang memiliki Volvo? Apa yang kita tahu, Volvo ialah kereta Sweden yang ada ciri keselamatan tinggi. Lagi, siapa pula peduli pasal Tata Motors selaku pemilik Land Rover yang mengeluarkan model Range Rover serba seksi dan disukai ramai itu? Apa yang kita tahu, Land Rover ialah syarikat automotif asal Britain yang pakar dalam pembuatan kenderaan pacuan empat roda atau 4×4.

Jika Proton milik asing, dunia tetap akan mengenali Proton sebagai jenama automobil dari Malaysia. Seperti dijelaskan, patriotisme dalam korporat ialah mengekal reputasi jenama itu atas apa cara sekalipun. Ini kerana sesuatu jenama atau pengeluar automobil itu mewakili negara asalnya walaupun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), pekerja atau pemilik saham terbesar bukanlah sepenuhnya orang atau entiti tempatan. Inilah realiti baru dunia korporat antarabangsa.

4. POTENSI LEBIH SUKSES

volvo-xc-90-grill
Volvo XC90 muncul SUV paling sukses di bawah milikan Geely.

Ironi, agak banyak pula pengeluar automobil yang menjual saham mereka kepada syarikat asing kembali sukses di pentas antarabangsa, misalnya Volvo dan Land Rover. Mungkinkah Proton lebih sukses jika jadi milikan asing?

5. JALAN PINTAS KEPAKARAN

Industrialis, Li Shufu ialah individu penting di sebalik pemilikan Volvo.
Industrialis China, Li Shufu ialah individu penting di sebalik pemilikan Volvo.

Seperti mana Proton meraih laba lumayan hasil pembelian saham Lotus, perkara sama juga bakal berlaku jika Proton dimiliki syarikat asing. Proton mungkin saja dapat menawarkan visi, fasiliti, teknologi dan kepakaran yang dimiliki sebagai ganti kepada aliran tunai daripada syarikat induk baru. Ini penting untuk survival Proton!

Volvo-Geely ialah contoh kajian kes terbaik, di mana Geely mendapat bantuan kepakaran Volvo, manakala Volvo mendapat suntikan dana supaya dapat terus kekal hidup dan maju!

6. KEMBALI BINA REPUTASI

peter-schreyer
Desain Hyundai dan Kia ialah karya pereka Jerman, Peter Schreyer.

Peter Schreyer ialah individu penting yang bertanggungjawab mencorakkan kembali hala tuju Hyundai dan Kia menerusi rekaan ajaibnya. Inilah eksploitasi bijak dilakukan Hyundai dan Kia menerusi pelantikan Schreyer sebagai pereka utama.

Hasilnya, dunia melihat barisan model Kia yang menarik dan menawan, termasuk berjaya menerobos pasaran Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini hanya dipandang sebelah mata saja. Negara sepatriotik Korea pun bijak menggunakan kepakaran asing dalam mencorakkan hala tuju industri automotif mereka. Ini kerana rakyat dan pemimpin Korea kekal rasional!

Korea sudah lama tahu, Hyundai dan Kia tidak akan sama sekali dilihat sebagai kereta Jerman atau Schreyer. Hyundai dan Kia tetap dipandang sebagai kereta nasional Korea selagi mana dua jenama itu hidup!

7. TIADA KENA-MENGENA DENGAN TIDAK PATRIOTIK

hitler-dan-volkswagen
Adolf Hitler ialah individu pertama mencetuskan idea penubuhan Volkswagen.

Patriotisme dalam automotif hari ini sudah jauh berbeza berbanding dekad 80-an. Jika dulu, majoriti orang Jerman memandu Volkswagen, orang AS memandu Ford, dan orang Inggeris memandu Mini. Semuanya atas sentimen kenegaraan yang penuh propaganda nasionalisme. Tambahan pula era pasca merdeka ketika itu ialah zaman yang mana banyak negara baru saja bebas daripada belenggu penjajahan dan mula sedaya upaya menonjolkan kemampuan bernegara sendiri. Malaysia tidak terkecuali, majoriti rakyat kita sepakat menyokong gagasan kereta nasional dicetuskan Tun Mahathir pada awal penubuhan Proton dahulu!

Tapi, hari ini siapa sangka, orang Cina boleh seronok memandu kereta buatan orang Jepun, yang suatu masa dahulu pernah membunuh nenek moyang mereka. Berapa ramai pula Yahudi di Eropah yang sukakan kereta Volkswagen yang diilhamkan pemimpin fasis paling kejam di dunia, Adolf Hitler.


Kami ulangi sekali lagi, patriotisme dalam korporat ialah mempertahankan jenama! Sesiapapun di sebalik  jenama itu sudah tidak lagi penting. Contoh paling jelas di luar dunia automotif ialah pemilikan saham kelab bola sepak dunia. Pemilik Chelsea ialah taikun Rusia, Roman Abromovich, manakala pengurus barunya pula seorang Itali, Antonio Conte. Tetapi, apakah Chelsea dilihat sebagai kelab Rusia atau Itali?

Sudah tentu tidak, Chelsea tetap sebuah kelab Inggeris. Kegagalan mempertahankan nama dan reputasi Chelsea pasti dilihat sebagai kegagalan mempertahankan bola sepak London dan England. Inilah patriotisme korporat! 😉

cerita sukses pemilihan asing automotif DRB-Hicom Proton PROTON Holdings Berhad Proton milik asing saham Proton bakal dijual
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

13/01/2026
Proton X70 2026 facelift rasmi lancar
Roda4

Proton X70 2026 Versi Dipertingkat Rasmi Lancar, Harga Mula RM99,800

08/01/2026
Jualan kenderaan CKD 2026 dijangka meningkat
Auto Terkini

Harga Kereta Dijangka Melonjak hingga 30 Peratus, EV Nasional Jadi Penyelamat Pasaran?

05/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
View 18 Comments

18 Comments

  1. ourberitabola.tumblr.com on 10/08/2016 07:22

    Thanks for sharing your thoughts about sepak bola.
    Regards

    Reply
  2. mfa76 on 03/02/2017 09:13

    bagus,penerangan yg membuka minda

    Reply
  3. Dani on 04/02/2017 23:02

    Buat apa nak ikut orang…

    Reply
    • AO on 05/02/2017 20:08

      Habis tu nak ikut orang tak buat kereta macam sedara?

      Reply
      • Arman on 08/02/2017 12:56

        “Habis tu nak ikut orang tak buat kereta macam sedara?” . . <– penulisan ini melambangkan idea anda,,, pandai menulis tp digunakan untuk memijak org lain, saudara AO org jenis apa? bukan backup ye, hehehehhe peace

        Reply
        • AO on 08/02/2017 18:40

          Marah ke. Hihihi

          Reply
    • haji musa on 02/08/2018 16:36

      pandai betul penulis artikeel ni…backgoround dulu study apa?

      Reply
  4. Izazu on 06/02/2017 15:52

    Volvo ade kepakaran…..kerjasama win win..proton ade kepakaran rebranded model asing…ape untung kpd china?…china dan proton tiada kepakaran khusus dlm teknoloji kereta…china akan bawak teknoloji asing dalam proton….mungkin untung mungkin rugi…kita blm tahu tujuan sebenar china beli saham dan kuasai proton…yg pasti china nampak keuntungan kpd mereka…..melayu dan malaysia ade nampak untung?

    Reply
    • AO on 07/02/2017 15:23

      Kerjasama teknikal bukan setakat benda teknologi, fasiliti pun main peranan. Fasiliti Proton buat Geely terliur. Dan ada syarat-syaratnya.

      Kalau tak, tak adalah Trump nak tutup kilang kereta di Mexico sebab tak nak dolar mengalir keluar. Sekarang China nak alirkan duit ke Malaysia (kalau jadi). Siapa kata tak win-win?

      Reply
      • Yie on 07/02/2017 18:59

        Tiada aliran masuk tunai kedalam negara. Pembiayaan korporat pasti dengan institusi kewangan tempatan dan juga berkitar dalam pasaran tempatan. Aliran masuk tunai asing amat sedikit kalaupun ada.

        Reply
        • AO on 08/02/2017 07:15

          Aliran masuk boleh jadi dalam bentuk pemasangan dan pemasaran produk untuk pasaran Asean, penggunaan trek, fasiliti ujian dan R&D, tenaga kerja dan kepakaran tempatan. Siapa cakap sedikit sangat?

          Dalam negara atau luar negara, aliran tunai tetap aliran tunai. Semua tu membantu kepada survival Proton.

          Reply
  5. Yie on 07/02/2017 18:53

    Kenapa tidak Toyota, Nissan, Mitsubishi atau lain lain yg bereputasi?

    Reply
    • AO on 08/02/2017 07:09

      Pembelian saham ni bukan boleh main pilih, tapi ikut siapa yang berminat beli. Sekarang pun ada tiga pengeluar dalam senarai pendek. Geely, PSA Group dan Renault

      Reply
      • Lyana on 05/02/2018 09:45

        Dah sah Geely ambil. Kalau Renault ambil…sanggupkah orag Malaysia beli kereta keluaran Proton? Dah tentu mahal. Mengeluh la lagi…

        Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.