• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 6 Model Baharu Dipertontonkan Di Pameran BMW World Malaysia

6 Model Baharu Dipertontonkan Di Pameran BMW World Malaysia

April 18, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

BMW World Malaysia - Pandulaju.comPELUANG masih terbuka bagi mereka ingin mahu melihat dengan lebih dekat lagi enam model baharu ditampilkan di pameran BMW World Malaysia yang berlangsung di Bukit Kiara Indoor Arena.

Terbuka untuk orang awam mulai 17 hingga 19 April 2015, pameran yang berlangsung selama tiga hari itu menampilkan model-model baharu seperti BMW 2 Series Active Tourer, BMW X6 dan pertama kali di Malaysia, BMW i8 serba baharu.

HARGA:

  • BMW 218i Active Tourer - RM 218,800.00
  • BMW 218i Active Tourer Luxury line - RM 248,800.00
  • BMW X6 xDrive35i - RM 718,800.00
  • BMW i8 - RM 1,188,800.00 (termasuk BMWi wallbox.)

Bagi jenama MINI pula, BMW World Malaysia turut memperkenalkan MINI John Cooper Works baharu, MINI Cooper 5 pintu dan MINI Cooper Countryman baharu versi pemasangan tempatan (CKD).

HARGA:

  • MINI John Cooper Works - RM 288,888.00
  • MINI Cooper 5-Door - RM 188,888.00
  • MINI Cooper Countryman - RM 198,888.00

Turut tidak ketinggalan, motosikal berkuasa tinggi BMW S 1000 RR dan BMW R 1200 R baharu juga ditampilkan secara eksklusif.

HARGA:

  • BMW S 1000 RR - RM 108,900.00
  • BMW R 1200 R - RM 91,900.00

*** Kesemua harga ditawarkan adalah tidak termasuk insurans.

Lebih menarik perhatian, pameran itu turut mempamerkan model-model konsep daripada jenama terbabit yang pertama kali dipertontonkan di Asia.

Antaranya model inovasi terkini BMW Group iaitu BMW 328 Hommage yang dipamerkan buat pertama kalinya di Asia serta motosikal BMW Concept Roadster, pertama di Malaysia.

Yang pasti, anda tidak akan menyesal jika berkunjung ke pameran yang julung-julung kali diadakan ini. Jangan lupa ambil gambar kenangan, jika tidak menyesal pun tidak berguna lagi.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: BMW, BMW 218i Active Tourer, BMW 218i Active Tourer Luxury line, BMW 328 Hommage, BMW Concept Roadster, BMW i8, BMW Malaysia, BMW Motorrad, BMW R 1200 R, BMW S 1000 RR, BMW World Malaysia, BMW X6 xDrive35i, MINI Cooper 5-Door, MINI Cooper Countryman, MINI John Cooper Works, Mini Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my