• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 40,000 Unit Kenderaan Perodua Hadapi Masalah ‘Oil Filter’ Bocor

40,000 Unit Kenderaan Perodua Hadapi Masalah ‘Oil Filter’ Bocor

May 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JIKA diimbas kembali, PanduLaju pernah melaporkan mengenai isu penapis minyak enjin bocor yang kecoh di media sosial sebelum sambutan Tahun Baharu Cina dengan meminta penjelasan ‘orang kuat’ Perodua.

Nampaknya, masalah penapis minyak enjin bocor masih membelenggu Perodua sehingga hari ini. Pengamal media yang menghadiri pameran Malaysia Autoshow 2023 sempat bertanyakan perkembangan mengenai isu berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, sekitar 40,000 daripada 4.5 juta kenderaan jenama Perodua berdepan masalah penapis minyak bocor.

Model kenderaan Perodua yang mengalami masalah tersebut ialah Axia, Myvi, Alza dan Ativa. Bagaimanapun, Perodua Aruz dikatakan tidak terpalit dengan isu penapis minyak enjin bocor.

Zainal Abidin berkata, semua unit terjejas ialah kenderaan yang diselenggara di pusat servis bertauliah Perodua yang menggunakan alat ganti tulen Perodua.

Jelasnya, masalah penapis minyak bocor tidak membabitkan kenderaan baharu yang keluar dari kilang Perodua kerana menggunakan komponen penapis minyak daripada pihak vendor berbeza.

Lamporan portal PaulTan mendakwa Perodua menetapkan sasaran menyelesaikan isu penapis minyak enjin yang kerap bocor pada model keluarannya itu menjelang pertengahan tahun ini.

Pelanggan Perodua yang berdepan masalah ‘pendarahan trenkuasa’ diminta membawa kenderaan masing-masing ke pusat servis Perodua.

Khabarnya, Perodua akan menukar penapis minyak bermasalah dan menukar sekali minyak enjin secara percuma. Tanpa sebarang caj!

Beliau juga menyatakan trend tuntutan waranti berhubung masalah itu semakin menurun bermula Februari lalu kerana banyak kenderaan Perodua yang terjejas sudah menerima unit penapis minyak enjin yang dikemas kini.

BACA >>> Skandal Daihatsu: MIROS Mahu Nilai Semula Perodua Axia (2023)
BACA >>> Perodua Tawar Pakej Auto Rahmah 2023 kepada Pemilik Axia, Bezza Hingga 15 Mei Ini

SUMBER: Facebook | PaulTan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, oil filter perodua bocor, penapis minyak bocor, Perodua, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
    MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev