PENGELUAR helmet, Arai memperkenalkan empat pilihan grafik baharu Maze bagi model muka penuh RX-7X. Setiap tawaran warna memenuhi selera pengguna yang pelbagai menerusi pilihan:

  • Hitam kusam (matte)
  • Putih
  • Kuning
  • Merah

Siap sedia dalam lima saiz (54; 55-56; 57-58; 59-60; 61-62), pada harga ‎ ¥60,880 (RM2,247).

Dihasilkan menggunakan cengkerang luar PB-SNC baharu dengan visor Sistem Paksi Variabel (VAS) untuk fungsi lebih lancar. Mounting visor juga lebih rendah 24mm.

BACA >>> Arai RX-7X SP – Rai Kemenangan Pertama Freddie Spencer dalam Kejuaraan Amerika

Pelapik dalam menggunakan material anti-mikrob dengan cengkerang lebih slim bersama difuser dipertingkat dan gabungan ventilator udara untuk keselesaan pengguna. Helmet ini juga mudah dipadankan dengan mana-mana motosikal atau sut menunggang, untuk trek atau jalan raya.

GALERI

SUMBER: BikeBros

Leave A Reply

Exit mobile version