• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 4 Pelumba Wanita Tidak Gentar Hadapi Cabaran Cub Prix 2016

4 Pelumba Wanita Tidak Gentar Hadapi Cabaran Cub Prix 2016

April 29, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter
Pelumba Wanita Cub Prix 2016
Dari Kanan, Fifie, Fatimah, Nasha dan Aina

PENGLIBATAN pelumba wanita dalam bidang sukan permotoran bukanlah satu perkara baru, malahan semakin banyak menerima sambutan dari golongan kaum hawa.

Saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 menyaksikan pertambahan dua lagi pelumba wanita yang mengambil bahagian.

Tanpa rasa gentar mahu bersaing dengan kaum adam yang dilihat sinonim dengan sukan permotoran, Siti Norafizah Mohamad, Siti Fatimah Husna Muslim, Nasha Edziera Bahauddin dan Nuraina Halisya Hamirudin, terima cabaran dalam edisi Cub Prix 2016.

Siti Norafizah atau lebih dikenali sebagai Fifie mula beraksi dalam kejuaraan Cub Prix pada 2011. Pelumba berusia 21 tahun itu berjaya memecah dominasi lelaki sejak mula berkecimpung dalam kategori Wira dan beralih ke kelas Pro-AM sebelum berjaya menarik minat pasukan BHPetro Dash Tabuan Racing untuk beraksi dalam kelas CP115 bermula musim ini.

“ Perlumbaan di litar seperti ini selalunya memberi kelebihan kepada mereka yang mempunyai saiz tubuh yang kecil dan ringan,” jelas Fifie yang membuktikan kemampuan dengan meraih enam podium di dalam kelas Pro-Am pada musim lepas.

Pelumba Wanita Cub Prix 2016
Siti Fatimah
Pelumba Wanita Cub Prix 2016
Nasha
Pelumba Wanita Cub Prix 2016
Fifie
Pelumba Wanita Cub Prix 2016
Aina

Sementara itu, nama Nasha juga adalah antara nama yang sinonim dengan perlumbaan Cub Prix. Mula berlumba sejak penghujung 2009, Nasha memulakan aksinya di dalam kelas Wira dan kini beraksi di dalam kategori Pro-Am.

Lebih membanggakan, ia juga berjaya meraih dua podium dalam kategori tersebut pada musim lepas.

Manakala dua lagi pelumba wanita, Siti Fatimah dan Nuraina Halisha mula beraksi pada tahun ini. Siti Fatimah membawa cabaran pasukan PETRONAS Yamaha-CKJ dalam kategori CP115 dan Nuraina adalah pelumba bersendirian bagi kategori Wira.

Syabas dan tahniah semua wira-wira wanita semua. SALUTE !!!

Artikel Berkaitan

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 4 Pelumba Wanita Cub Prix, KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Nasha Edziera Bahauddin dan Nuraina Halisya Hamirudin, Perlumbaan Cub Prix 2016, Petronas, Siti Fatimah Husna Muslim, Siti Norafizah Mohamad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
  • Durian 'RM600' Jatuh Tepat Atas Proton Saga
    Durian 'RM600' Jatuh Tepat Atas Proton Saga

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my