Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 3 Langkah Mudah Periksa Tayar Ini Mampu Selamatkan Perjalanan Anda
Autotainment

#ApaNakBuat: 3 Langkah Mudah Periksa Tayar Ini Mampu Selamatkan Perjalanan Anda

Han OthmanBy Han Othman31/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CUMA lima minit diperlukan untuk memeriksa tayar anda yang bukan saja mengurangkan masalah kehausan dan menjimatkan penggunaan bahan api, tetapi mampu menyelamatkan nyawa anda. Cuba ikut 3 langkah mudah periksa tayar di bawah ini:

1. PERIKSA TANDA HAUS

Ramai pemandu atau penunggang tidak menyedari semua tayar mereka dilengkapkan dengan bar indikator haus yang tidak memerlukan sebarang latihan khas untuk memeriksanya, dan menjadi cara paling berkesan untuk mengetahui kondisi bunga tayar kereta anda.

Dalam alur utama setiap tayar terdapat bar kecil yang melintang di tengah bunga tayar (seperti bonggol jalan). Itulah indikator haus bunga. Ia kadangkala sukar dikenal pasti dan umumnya ada simbol anak panah atau ikon lain pada bahu (tepi atas) tayar untuk menunjukkan anda kedudukannya.

Di atas bar getah menandakan kedalaman minimum bunga tayar itu. Semakin rapat bunga dengan atas bar bermakna tayar anda semakin haus.

Tiada indikator bunga tayar haus pada bahu tayar, tetapi pemeriksaan visual akan memberi maklumat tentang kondisi tayar anda. Pemeriksaannya semudah melihat keempat-empat tayar. Pertama, pusing roda sehingga habis untuk memeriksa tayar hadapan. Anda mungkin perlu mengcangkung untuk memeriksa tayar belakang.

Pastikan setiap tayar diperiksa. Bergantung kepada jenis kereta dan kegunaan, tahap haus setiap tayar ialah berbeza. Kehausan tidak sekata bermakna tayar anda mengalami masalah penjajaran (alignment) yang perlu dirujuk kepada bengkel tayar.

Apa perlu dilakukan jika tayar didapati haus, atau indikator menunjukkan bar sudah separas dengan bunga tayar? Jawapannya, gantikannya secepat mungkin. Jika bahagian bahu bunga tayar licin apabila dipegang, tayar itu juga perlu ditukar.

2. PERIKSA KEROSAKAN

tayar-koyak

Jalan raya ialah magnet bagi serpihan buangan. Skru, serpihan logam, gelas pecah dan batu tajam sentiasa ada di atas jalan raya yang sedang kita lalui seharian dan menunggu melekat pada tayar kereta bila-bila masa tanpa anda sedari. Bunga dan dinding sisi tayar mesti diperiksa. Perhatikan tanda-tanda koyakan, hirisan, bonjolan atau apa saja yang sepatutnya tiada pada tayar anda.

Tiada angin atau tayar pancit ialah situasi yang setiap orang mahu elakkan, tetapi itu bukanlah paling teruk. Apa paling dibimbangkan ialah situasi pemandu memandu dalam keadaan tayar pancit, di mana kelajuan tinggi, hilang kawalan dan tayar pancit ialah ramuan lengkap yang mampu menyebabkan anda terbabit kemalangan.

Jika menyedari tanda pancit, bonjol atau rosak, langkah pertama ialah segera pergi ke mana-mana bengkel tayar berhampiran.

3. URUS TEKANAN TAYAR

pam-angin-tayar

Langkah akhir ialah periksa tekanan tayar yang merupakan cara paling klasik yang disarankan buku-buku panduan senggaraan kereta turun-temurun.

Secara semula jadi, tekanan angin tayar akan berkurangan kerana udara boleh perlahan-lahan menembusi lapik dalaman tayar. Ini bermakna pemeriksaan berkala amat diperlukan. Anda tidak boleh bergantung kepada rupa fizikal tayar sahaja untuk menentukan tekanan angin. Ia perlu diperiksa dengan cara menggunakan tolok tekanan atau mengisinya. Hari ini, semua pengeluar sudah sedia melekatkan pelekat pada bingkai pintu kereta mengenai jumlah tekanan angin yang disarankan untuk diisi.

Tekanan angin tayar yang betul dapat menjimatkan bahan api, menguatkan cengkaman atas jalan dan meningkatkan hayat tayar. Walaupun berlaku sedikit peningkatan tekanan angin, geseran akan meningkat dengan menyebabkan masalah kehausan tidak sekata pada tayar, sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api.

Tekanan angin terlalu tinggi juga menyebabkan tayar hilang cengkaman dan mengurangkan kawalan pemanduan, manakala kawasan tengah tayar berisiko haus lebih cepat. Periksa tayar anda sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau paling minimum sebulan sekali. Tayar sepatutnya sejuk atau tidak panas, jadi cuba periksa tekanan pam angin sebelum mengepam.

apanakbuat autotainment bar indikator haus periksa tayar Roda4 Tayar tayar haus tip automobil tip periksa tayar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.