Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»24 Hours of LeMons: Lumba Kereta Bajet Bawah RM2k (Sesuai Gantikan F1 di Sepang)
Autotainment

24 Hours of LeMons: Lumba Kereta Bajet Bawah RM2k (Sesuai Gantikan F1 di Sepang)

Han OthmanBy Han Othman07/12/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


24 HOURS of LeMons ialah siri perlumbaan enduran yang diadakan atas litar berturap membabitkan pelumba-pelumba amatur di Amerika Syarikat (AS). Nama pertandingan itu sendiri ialah parodi kepada perlumbaan enduran antarabangsa, 24 Hours of Le Mans dan terma khas yang merujuk kepada kereta baharu yang rosak selepas dibeli, iaitu kereta lemon (lemon car). Hasil gabungan kedua-dua nama itulah diambil menjadi 24  Hours of LeMons.

Cara perlumbaan berlangsung ialah setiap pasukan yang terdiri daripada 4-6 pemandu akan berlumba selama 24 jam menggunakan kereta lumba dengan bajet tidak melebihi AS$500 (RM1,917). Apa yang menarik mengenai perlumbaan ini ialah peraturan unik menerusi penalti dan denda terhadap pelumba jika didapati melanggar syarat, termasuk kuasa mandatori juri seperti meremukkan kenderaan yang diundi sebagai kereta lumba paling teruk.

PERSEDIAAN DAN PERATURAN

24-hours-of-lemons-logo
Di bawah ialah peraturan asas pertandingan yang sering berubah setiap tahun mengikut kehendak penganjur.

1. Yuran penyertaan perlumbaan ialah AS$600 (RM2,300) bagi sebuah kereta, AS$150 (RM575) setiap permandu dan AS$75 (RM287) bagi anggota krew yang tidak memandu. Bayaran yuran meliputi pendaftaran, masa jejak (track time), pas padok, insurans trek, krew ambulans, hadiah dan lain-lain berkaitan.
2. Pelumba mesti mencari dan membikin sebuah kereta dengan bajet tidak melebihi AS$500 (RM1,917).
3. Walaupun peraturan keselamatan masih menggunakan standard ditetapkan badan perlumbaan di AS, tetapi ada beberapa tambahan peraturan lucu seperti:

  • AS$500 (RM1,917) ialah bajet pembikinan keseluruhan kereta, termasuk harga beli, kos ubah suai dan belanja lain yang berkaitan seperti kos buruh dan penajaan. Bagaimanapun, barangan keselamatan seperti brek, roda, dan tayar tidak dikira dalam bajet.
  • Alat ganti, aksesori dan kelengkapan kereta yang dibeli dibenarkan dijual, dan harga jualan itu kemudian ditolak daripada jumlah bajet. Ini bermakna, kereta AS$500 (RM1,917) tidak terhad kepada model lama sahaja, tetapi boleh jadi BMW atau Mercedes yang sudah dijual segala alat ganti, aksesori dan kelengkapan sehingga mematuhi harga bajet AS$500 (RM1,917).
  • Jika pelumba didapati berbelanja melebihi had bajet, penganjur akan mengenakan denda yang dipanggil BSF (Bullshit Factor), iaitu pelumba perlu berlumba lebih satu pusingan bagi setiap tambahan bajet AS$10 (RM38).
  • Fizikal kereta mesti beroda empat dan melepasi syarat sah bergerak atas jalan raya pada tahun dikeluarkan, yakni bukan kereta konsep atau model rekaan sendiri.
  • Penganjur ada hak penuh untuk membeli mana-mana kereta pada harga AS$500 (RM1,917) pada hujung perlumbaan.

6 CIRI KESELAMATAN WAJIB

sut-lumba-nomex
  • Sangkar oleng (roll cage) 6-poin.
  • Topi keledar penuh (full-face) diluluskan Snell SA2005 (badan pemeriksa kualiti seperti SIRIM) atau lebih baik.
  • Pemadam api.
  • Tali keledar 5 atau 6-poin.
  • Sut lumba SFI 3.2A/1 (rating keselamatan) jenis Nomex, sarung tangan, kasut dan seluar dalam kalis api.
  • Kerusi pemandu mesti mencecah tengah topi keledar atau lebih tinggi. Kerusi diluluskan SFI dan FIA disyorkan.

Pelumba juga perlu mematuhi beberapa peraturan keselamatan teknikal lain yang boleh dibaca di SINI.

ANUGERAH

Ada 4 anugerah utama diberikan:

1. Sumpahan Rakyat (People’s Curse)
Sebuah kereta yang beraksi paling teruk akan diundi untuk dimusnahkan oleh jentera berat. Apabila tiada kereta ditemui, seorang samseng yang marah akan muncul dengan menggunakan pemotong wayar dan perengkuh untuk merosakkan mana-mana kereta.

Jika undi tidak mencukupi, kereta tetap akan dirosakkan (tidak sampai total lost atau rosak habis) atau dihantar ke Kotak Penalti dengan bendera hitam. Namun, anugerah ini dimansuhkan pada 2013.

2. Pilihan Penganjur (Organizer Choice)
Diberikan kepada pasukan yang memberikan semangat setiakawan terbaik sepanjang perlumbaan. Sebuah trofi dan wang tunai AS$500 (RM1,917) akan diberikan.

3. Pemenang Pusingan (Win on Laps)
Pelumba yang menghabiskan paling banyak pusingan, tanpa mengambil kira penalti BS akan menerima anugerah ini. Pasukan akan menerima hadiah berupa sebuah trofi dan wang tunai. Pada 2011, pemenang menerima tunai AS$1,500 (RM5,752) yang diberikan dalam bentuk syiling 5 sen (dipanggil nickel di AS).

4. Indeks Efluensi (Effluency Indeks) – IOE
Anugerah paling tinggi untuk perlumbaan ini. Kriteria umum pemenang anugerah ini jatuh kepada kereta paling tidak reliabel, tetapi dapat berlumba dengan efisien dan melengkapkan banyak pusingan perlumbaan. Anugerah IOE juga diberikan kepada kenderaan yang disahkan tidak reliabel dari kilang seperti Volkswagen Karmann Ghia, atau kereta reliabel yang dipasang enjin pelik seperti Ford Thunderbird berenjin diesel BMW

Pemenang IOE akan menerima hadiah berupa sebuah trofi besar dan wang tunai berjumlah AS$500 (RM1,917). Wang tunai pernah ditambah menjadi AS$1,501 (RM5,756) pada 2010, dan dikurangkan kepada AS$501 (RM1,921) pada 2012. Apa yang tidak berubah ialah wang tunai diberikan dalam bentuk syiling nickel.


Penganjur turut memberikan pelbagai anugerah lain mengikut kelas perlumbaan (A, B, C, dan X) yang juga menerima hadiah tunai (kecuali kelas X). Antara anugerah itu ialah Most Heroic Fix, I Got Screwed, Grassroots Motorsports Magazine’s Most from the Least, Least (atau Most) Horrible Yank Tank dan trofi kepada kereta-kereta paling pantas dalam setiap kelas.

Penganjur juga menyediakan anugerah bermusim mengikut penyertaan seperti Pilihan Juri (Judges’ Choice) dan Teknologi Buatan Sendiri Paling Bahaya (Dangerous Homemade Technology).

GALERI

24 Hours of LeMons autotainment kereta lumba lumba kereta lumba kereta bajet
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.