Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#2018ArgentinaGP: Kenapa Marquez Kena ‘Ride Through Penalty’?
Auto Terkini

#2018ArgentinaGP: Kenapa Marquez Kena ‘Ride Through Penalty’?

AryonBy Aryon11/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ABAIKAN tentang penalti dikenakan kerana mengasari kekanda Valentino Rosii, mungkin ada kalangan pembaca dan peminat MotoGP tertanya kenapa pelumba nakal, iaitu adinda Marc Marquez daripada pasukan Repsol Honda Team dikenakan penalti pada awal perlumbaan GP Argentina, di Litar Termas de Rio Hondo, Ahad lalu.

Sebenarnya perlumbaan di Argentina agak menarik untuk diulas kerana kita dapat menyaksi beberapa insiden dan peraturan yang jarang berlaku. Antaranya ialah ‘Race Direction’ yang menyaksikan perlumbaan ditunda susulan kondisi trek yang berubah daripada basah kepada kering. Ini akan diulas kemudian.

BACA >>> #2018ArgentinaGP: “Marquez Tak Ada Telur” – Rossi Geram Tidak Terkata


Beberapa saat sebelum perlumbaan bermula, Marquez dilihat beraksi aneh apabila tiba-tiba mengundurkan motosikal sambil melakukan aksi stunt di petak mula. Menurut laporan, jentera Honda RC213V mati mengejut dan dia memutuskan menolak motosikalnya itu ke grid ke-6 untuk menghidupkan enjin.

Aksi itu dilihat abang marshal yang kemudian meminta adinda Marquez supaya memulakan perlumbaan dari lorong pit atau pit lane, tetapi tidak dipedulikannya (hmm..). Padahnya, pelumba nombor 93 itu dikenakan penalti, dipanggil ‘Ride Through Penalty’, dan pada lap ke-6 dia disuruh masuk ke lorong pit dan dikuarantin selama beberapa saat hingga menyebabkan dia ketinggalan di kedudukan ke-19.

BACA >>> #2018MotoGP: Juara Milik Crutchlow, Marquez Jahat dan Hafizh Menyinar di Argentina

Lain pula Marquez apabila dia mendakwa marshal tidak pula memintanya kembali ke lorong pit. Katanya, dia tahu motornya mati dan perlu kembali ke lorong pit mengikut peraturan perlumbaan. Namun, disebabkan motornya kemudian hidup semula dan merasakan tidak diarahkan ke lorong pit. Jadi, dia pun memutuskan untuk terus ke grid ke-6, tempat sepatutnya bermula.

MOTOR MATI, HIDUP SEMULA

“Aku tahu kalau motor mati, aku kena pergi pit lane. Tetapi, motor hidup semula dan kemudian marshal datang dan aku tanya (sebab ada kaitan dengan peraturan race direction) pit lane atau grid?” tanya Marquez, seperti dipetik Crash.

“Ketika itu dia (marshal) tak tahu apa berlaku. Kemudian dia lepaskan tangan dari motor aku dan aku lihat marshal lain buat macam ini [isyarat ‘bagus’ ke atas]. Mereka pun pergi dan aku ingat aku kena kembali ke grid.

“Kemudian kami pun mula berlumba. Dari bod pit aku dimaklumkan sudah kena ‘ride through penalty’. Aku tak faham keputusan itu, sebab kalau marshal benarkan, kenapa selepas beberapa lap kita tak dibenarkan pula dan harus terima hukuman?” luah Marquez seraya tersenyum yakin menampakkan giginya.

Peraturan MotoGP ada menyebut:

“Mana-mana pelumba yang mematikan enjin di grid atau mengalami kesukaran mesti kekal dengan motosikal dan mengangkat tangan. Tidak dibenarkan untuk cuba menangguhkan perlumbaan mula atas apa cara sekalipun.”

Dan

“Pelumba mesti tidak menunggang motosikal dalam arah berlawanan dalam litar (dilakukan Marquez), sama ada atas trek atau lorong pit, kecuali di bawah arahan Rasmi.”


Jadi, siapakah yang bersalah dalam hal ini. Marquez atau abang marshal? Adakah Marquez cuba memberitahu, kalaulah dia tidak dihukum penalti, maka tidaklah dia berlumba seperti orang kerasukan hingga sanggup menyondol kekanda Rossi?

Apapun, cuma hendak bertanya, adinda sudah pergi ofis kekanda Rossi ke belum?

SUMBER: Crash

2018 Argentina GP 2018 MotoGP autotainment GP Argentina 2018 Marc Marquez MotoGP peraturan MotoGP roda2 sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.