• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 17 Kes Positif Covid-19, Penghuni Menara City One, KL Diarah 'Berkurung' dalam Rumah

17 Kes Positif Covid-19, Penghuni Menara City One, KL Diarah 'Berkurung' dalam Rumah

March 30, 2020 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter


MENARA City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur menjadi lokasi ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa tengah malam ini hingga 13 April depan.

Arahan PKPD itu dikeluarkan selepas terdapat 17 kes positif jangkitan wabak Covid-19 yang turut melibatkan 3,200 penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan di menara berkenaan. Pada masa sama, aktiviti pengesanan kes dari unit ke unit akan dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Menerusi perintah itu juga, semua penghuni dan pelawat yang sudah berada kawasan berkenaan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD, manakala semua laluan keluar masuk juga ditutup.

Semua aktiviti perniagaan juga dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan bukan penghuni serta pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan. Bagaimanapun, penghuni dibenarkan membuat pesanan makanan yang hanya boleh dihantar di lobi keselamatan, iaitu pintu utama menara itu.

Sehubungan itu, polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal keseluruhan kawasan berkenaan. Sebarang pertanyaan, penghuni boleh menghubungi talian khas 03-2694 3243/ 03- 4026 7222 atau 013- 329 5141.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, City One Condominium, City One Plaza, Covid-19, Kondominium, Kondominium City One, Menara City One KL, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Wabak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my