Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»13 Foto Rasmi Honda Civic Type R (2017) dengan Spesifikasi Asas
Auto Terkini

13 Foto Rasmi Honda Civic Type R (2017) dengan Spesifikasi Asas

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Civic Type R (2017) menamatkan debaran peminat-peminat automotif seluruh dunia dengan menyiarkan foto rasmi dan spesifikasi asas menjelang debut model prestasi tinggi itu di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017.

Type R generasi ke-5 ini dibangunkan berasaskan Civic generasi ke-10 dengan enjin 4-sebaris 2.0L i-VTEC pengecajturbo yang dipertingkat daripada model standard sedia ada. Hasilnya menyaksikan penambahan kuasa kuda sebanyak 10hp kepada 316hp. Bagaimanapun tork tidak berubah dan kekal pada 400Nm. Setakat ini masih tiada spesifikasi didedahkan dan kami menjangkakan catatan 5.7 saat bagi pecutan 0-100kmj seperti direkodkan model turbo standard sedia ada tidak akan menunjukkan perubahan yang drastik bagi model Type R ini.

BACA >>> Gempar, Foto Honda Civic Type R (2017) Bocor!

Trenpacu mengekalkan sistem pacuan roda-depan (FWD) dengan transmisi manual 6-kelajuan, termasuk dibekalkan sistem mekanikal Diferensial Gelincir-Terhad (Limited Slip Differential – LSD) dan kit aero berasaskan trek seperti pemisah sisi dan depan,  difuser belakang, generator vorteks dan sayap. Turut ditambah ialah sistem ekzos di tengah bampar dengan tiga paip berserta rim aloi 20-inci dan kaliper brek merah.

Aspek pengendalian dibantu Sistem Peredam Adaptif (Adaptive Damper System – ADS) dan tetapan suspensi belakang independen dengan multilink. Ini termasuk opsyen mod pacuan Comfort, Sport dan +R.

Dijangka menjengah pasaran Amerika Syarikat, Jepun dan Britain, pertengahan tahun ini dan dijual pada harga sekitar £32,000 (RM173,634). Spesifikasi lengkap akan didedahkan secara beransur-ansur. Jangan lepaskan peluang membaca kemas kini terbaru daripada PanduLaju!

BACA >>> #Videotomotif: Kisah Di Sebalik Ilham Pembangunan Honda Civic Type R (2017)

GALERI

SUMBER: Automobiles.Honda

Auto Terkini Honda Honda Civic Honda Civic Type R Honda Civic Type-R 2017 Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017 Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2017 Roda4 Type-R
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.