Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»113 Maut Sepanjang Enam Hari Op Selamat 18, Motosikal Paling Tinggi!
Auto Terkini

113 Maut Sepanjang Enam Hari Op Selamat 18, Motosikal Paling Tinggi!

Han OthmanBy Han Othman06/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS merekodkan 113 kes kematian akibat kemalangan jalan raya seluruh negara sepanjang Op Selamat setakat kelmarin, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain.

Menurutnya, sepanjang enam hari Op Selamat dilancarkan sejak 29 April lalu sempena Aidilfitri, 9,816 kemalangan dilaporkan berlaku seluruh negara.

BACA >>> Rider Maut Kemalangan Lupa Tutup Tongkat, Jenazah Dikatakan Berbau Kasturi

Pada hari pertama operasi, 2,140 kemalangan direkodkan dengan 10 kematian dalam 10 kemalangan maut, manakala hari keenam, 1,455 kemalangan membabitkan 24 kemalangan maut dengan 24 kematian.

Berikut pengkelasan pengguna jalan raya yang mencatatkan kemalangan maut tertinggi:

  • Penunggang dan pembonceng motosikal – 72 kematian
  • Pemandu dan penumpang kereta – 30 kematian
  • Pejalan kaki – 6 kematian
  • Pemandu dan penumpang van – 2 kematian
  • Pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda – 2 kematian
  • Pemandu atau penumpang teksi – 1 kematian

Berikut senarai kes mengikut negeri:

  • Selangor – 2,160 kes
  • Johor – 1,372 kes
  • Perak – 982 kes
  • Kuala Lumpur – 875 kes
  • Pulau Pinang – 803 kes
  • Kedah – 659 kes
  • Pahang – 561 kes
  • Negeri Sembilan – 507 kes
  • Melaka – 405 kes
  • Kelantan – 484 kes
  • Sarawak – 319 kes
  • Sabah – 311 kes
  • Terengganu – 303 kes
  • Perlis – 75 kes

Jalan bandaran mencatat jumlah kemalangan tertinggi dengan 3,876 kes, diikuti Jalan Persekutuan (2,148 kes), jalan negeri (1,937 kes) dan lebuh raya (1,043 kes).

Sepanjang tempoh itu juga 26,837 saman bagi enam kesalahan utama dikeluarkan kepada pengguna jalan raya dengan kesalahan memandu melebihi had laju mencatatkan saman tertinggi, 25,582 saman.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kemalangan Depan Mata, Apa Perlu Anda Lakukan?
BACA >>> Isteri ‘Histeria’ Tengok Dua Kemalangan Depan Mata, Suami Kekal Tenang

SUMBER: Bernama

Auto Terkini kemalangan Kemalangan Jalan Raya Op Selamat 18 OP SELAMAT 18 PDRM Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.