Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10,000 Drebar Teksi Pulang Balik Kereta, Tidak Tahan Penangan GrabCar, Uber
Auto Terkini

10,000 Drebar Teksi Pulang Balik Kereta, Tidak Tahan Penangan GrabCar, Uber

Han OthmanBy Han Othman11/10/20167 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

drebar-teksi-pulang-kereta
TIDAK tahan saingan sengit perkhidmatan pengangkutan online seperti GrabCar dan Uber, kira-kira 10,000 pemandu teksi konvensional di Lembah Klang bertindak memulangkan semula kereta mereka kepada syarikat dan pengusaha teksi sejak sebulan lalu.

Reaksi terbaru pemandu teksi itu dilaporkan secara eksklusif oleh portal theSun, kelmarin (09 Oktober). Walaupun syarikat teksi cuba membuat tawaran berupa diskaun bayaran muka dan pengurangan kadar sewa harian sejak enam bulan lalu, tetapi masih gagal menghalang hasrat ribuan pemandu teksi memulangkan semula kereta mereka.

Menurut theSun, sejak Mei tahun ini, syarikat teksi sudah mengurangkan bayaran muka bagi pajakan teksi bajet daripada RM8,000 dan seorang penjamin kepada bawah RM2,500 tanpa penjamin. Sewa harian pula dikurangkan daripada RM55 kepada RM40 bagi kereta jenis Proton Persona.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Bumiputera Malaysia (PERBUMI), Datuk Mohd Alias Abdul memberitahu akhbar itu, banyak pengusaha dan syarikat teksi melaporkan jumlah serahan semula kereta yang tinggi.

“Kita tidak bercakap mengenai kereta lama saja, tetapi kereta baru juga. Antara 10 dan 30 peratus daripada jumlah teksi (35,000) di Lembah Klang dikembalikan kepada pengusaha sejak tiga hingga empat minggu lalu,” katanya.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Abang Teksi Ini Berhijrah Kepada GrabCar…

Menurut Mohd Alias lagi, tindakan memulangkan semula teksi pajakan itu berpunca daripada pengenalan aplikasi pengangkutan online yang menyebabkan pendapatan pemandu teksi terjejas teruk kira-kira 40 peratus. Malah, tambahnya, ada sesetengah kes pengusaha teksi pula terpaksa menanggung tunggakan sewa harian pemandu teksi selama beberapa bulan.

“Kami sudah beri mereka (pemandu teksi) banyak peluang. Sesetengah mereka ada tunggakan bayaran sewa lima atau enam bulan walaupun notis dan amaran diberikan,” katanya.

CUMA TEKSI BAJET TERJEJAS

teksi-pulang-semula
KREDIT FOTO: Amirul Syafiq, theSun

Sementara itu, jurucakap pengusaha teksi New Supercab Sdn Bhd yang hanya mahu dikenali sebagai Valerie, mengesahkan situasi penyerahan semula teksi secara besar-besaran kerana tunggakan sewa sejak beberapa bulan lalu.

“Saya ada cakap dengan pemandu teksi kami, dan rata-rata mereka beritahu kesukaran bersaing dengan Uber dan GrabCar, serta mendapat cukup pendapatan untuk diri sendiri,” katanya.

BACA >>> Kata Penumpang Ini, Pemandu Teksi KTM Sungai Buloh ‘Terbaik Dunia’

Sementara itu, tinjauan dilakukan theSun di bangunan syarikat itu dekat Glenmarie, Shah Alam menemui kira-kira 200 teksi yang kebanyakannya dikembalikan, diparkir sekitar bangunan di situ dan dekat kawasan lapang bersebelahan.

Bagaimanapun, pengasas Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, syarikatnya tidak berdepan masalah sama kerana syarikatnya mengusahakan perkhidmatan teksi premium kerana kumpulan yang banyak terjejas ialah teksi bajet.

KREDIT FOTO: Amirul Syafiq

aplikasi pengangkutan online autoterkini GrabCar pemandu teksi serah semula kereta perkhidmatan pengangkutan online pulang balik kereta Teksi Bajet Teksi Malaysia Uber
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026

7 Comments

  1. khairul on 11/10/2016 08:19

    o..big blue taxi datuk yg punya rupanya..

    Reply
    • Saga3 on 12/10/2016 03:49

      Perkhidmatan Big Blue Taxi memang tip top..

      Reply
  2. Rendy on 11/10/2016 11:03

    banyak cara boleh dapat rezeki. jom sertai uber hehe

    Reply
  3. moh amin on 11/10/2016 12:47

    Carik makan mcm2 boleh kita buat…
    Cuma jgn melanggar undang2 negara sudah…

    Reply
  4. Mohd Alif on 12/10/2016 13:10

    Pemandu teksi semua beralih ke uber la lg bagus, kete bayar bulan2 baru RM500 ke RM600 kete sendiri lak tu, takyah permit, takyah kad pemandu, takyah psv yg perlu check kesihatan setiap 6 bulan, takyah gie puspakom, takyah renew sticker bomba kat alat pemadam api kan semua jimat masa dan duit kita… hahaha…

    Reply
    • PP Mat Dollah on 23/11/2016 06:04

      Tunggu le bulan 3 ni. Meraung ke x meraung. Aku dah gi meeting nga spad. Syarat2nya nanti lk cam teksi gak. 1. Nombor warna hitam. plate putih gak cam teksi. 2. Kat belakang ada sticker spad. 3. Kad memandu kena ada jgk. 4. Kereta kena inspection jgk. 5. Kena ada psv jgk. Tunggu je le. Spad suka sita kenderaan. Baru dpt banyak collection. Lori sampah hak bau busuk pun dia sita. Takan hak pakai bmw 5 s buat ubern grab pun tampal sticker spad kat buntut. Apa kelas tu bmw cam teksi. Tak ikut syarat spad. Tunggu je kereta kena sita. Siap kena masuk mahkamah tu. Silap2 pakai gari gak cam pusher. Tu jam baru tau sapa tu spad. Spad tak buat cam ni nak cari income kat mana. Tu pasal sekarang dia kasi chan daftar2 dulu ramai2. Kasi syok dulu. Lps ni pakat2 gi inspection plk. Dpt duit lg . Puspakom tu sapa punya. Permit2 teksi tu sapa punya. Kroni jugak. Kiri kanan dia nak makan. Tunggu je le wahai pemandu2 grab n uber yg tgh syok berhoney moon skg ni. Ada masanya nanti merasai keperitan yg telah dilalui oleh abang2 teksi berhadapan dgn berbagai onak dan duri sebagai pemandu teksi. Allah itu maha adil.

      Reply
      • VWfan on 08/12/2016 13:51

        Ko sapa meeting dengan spad tu? Umno bahagian sungai besar ke?

        Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.