Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Kereta Paling Laris di Jepun Setakat Penggal Pertama 2016, Toyota Prius Laku Keras
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris di Jepun Setakat Penggal Pertama 2016, Toyota Prius Laku Keras

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

model-jepun-laris-penggal-pertama-2016-bg
BERIKUT ialah 10 kereta paling laris di Jepun setakat enam bulan pertama 2016 berdasarkan data jualan dikeluarkan Persatuan Pengedar Automobil Jepun (JADA). Seperti biasa, senarai di bawah menyaksikan perubahan drastik dan di luar dugaan sepanjang penggal pertama tahun ini.

Bagaimanapun, fakta berkenaan bukanlah perkara luar biasa kerana pembeli kereta di Jepun sememangnya mempunyai kecenderungan membeli model tempatan baharu, di mana semakin dekat sesebuah kereta itu kepada jangka hayat pengeluaran, semakin merosot pula angka jualan.

model-jepun-laris-penggal-pertama-2016

Lihat saja jadual di atas, Toyota Prius generasi keempat menduduki tempat teratas mengatasi pesaingnya daripada label syarikat sama, Toyota Aqua. Jualan Prius mencatatkan peningkatan berganda berbanding tahun lalu, manakala pengeluaran Aqua merosot pada suku tahun pertama 2016.

MPV mini, Toyota Sienta pula ialah pendatang baharu dalam senarai 10 kereta paling laris Jepun. Apa yang mengejutkan, pada suku pertama tahun ini, Sienta langsung tiada dalam senarai 30 kereta terlaris di Jepun. Tiba-tiba sahaja model yang dilancarkan pada pertengahan tahun lalu itu melonjakkan diri 700 peratus di kedudukan ketiga. Kemungkinan pengenalan model bukan hibrid sedikit sebanyak membantu angka jualan Sienta.

HONDA VEZEL CURI TEMPAT

Honda Fit dan Nissan Note masing-masing mencatatkan angka jualan lemah apabila jatuh satu anak tangga. Semuanya gara-gara memberi tempat kepada kemunculan bintang baharu, Sienta. Sebuah lagi MPV, Toyota Voxy berjaya kekal dalam senarai walaupun mencatatkan jualan mendatar. Namun, Voxy adalah satu-satunya model dalam senarai 10 kereta paling laris di Jepun yang mengekalkan posisi jualan sama seperti tahun lalu.

Toyota Corolla pula tergelincir dua kedudukan. Sebagai makluman, Corolla generasi ke-11 itu ialah model lama berbanding model lain yang dilancarkan di Jepun sejak 2012. Honda Vezel naik satu anak tangga dengan sedikit peningkatan jualan yang ‘dicuri’ daripada pembeli Toyota Vitz yang mencatatkan kemerosotan jualan kira-kira 8 peratus.

Nissan Serena pula akhirnya berjaya memasuki senarai 10 terbaik daripada tempat ke-11 tahun lalu. Tersingkir daripada carta ialah Mazda Demio apabila jatuh daripada kedudukan ketujuh ke tempat ke-12, manakala Toyota Esquire tergelincir teruk daripada  tempat 10 ke kedudukan ke-18.

SUMBER: Best-Selling-Cars.com

10 kereta paling laris di Jepun Auto Terkini Honda kereta laris penggal pertama 2016 di Jepun Nissan Roda4 Toyota Toyota Prius
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.