Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Hilux (2020) Buka Tempahan, Harga Anggaran Mula RM94k!
Auto Terkini

Toyota Hilux (2020) Buka Tempahan, Harga Anggaran Mula RM94k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor membuka tempahan Toyota Hilux (2020) versi dipertingkat (facelift) dengan mengemas kini aspek luaran dan dalaman supaya lebih segar, termasuk menaik taraf prestasi dan ciri keselamatan.

Berikut 10 fakta yang perlu anda tahu tentang Hilux (2020) ini.

BACA >>> #Videotomotif: Kenapa Mamat Ni Minat Sangat Toyota Hilux?

1. Ada lima varian Hilux ditawarkan:

  • Double Cab 2.4 E AT (varian baharu)
  • Double Cab 2.8 Rouge AT (pengganti Double Cab 2.8 Black Edition)
  • Double Cab 2.4 V AT (naik taraf varian Double Cab 2.4 L-Edition)
  • Double Cab 2.4 G MT
  • Single Cab 2.4 MT

* AT transmisi automatik
* MT transmisi manual

2. Ada tujuh warna boleh dipilih:

  • Bronze Mica Metallic (warna baharu)
  • Crimson Spark Red Metallic
  • Attitude Black Mica
  • Phantom Brown Metallic
  • Medium Silver Metallic
  • Silver Metallic
  • Super White II

* Hilux Single Cab hanya ada dalam warna Solid White.

3. Enjin Hilux (2020) 1G-FTV 2.8L Turbo Diesel kini diberikan penambahbaikan yang menghasilkan kuasa 202hp @ 3,400rpm (+25hp) dan tork 500Nm @ 1,600-2,800rpm (+50Nm). Kecekapan bahan api juga dipertingkat menerusi penggunaan pam minyak dua-peringkat yang menukar tekanan minyak secara optimum mengikut kesesuaian.

4. Ciri penyejukan pra-EGR (Resirkulasi Gas Ekzos/Exhaust Gas Recirculation) penyejukan cecair jenis paip kembar dipasang bagi mengoptimumkan suhu gas EGR.

5. Sistem rak bantuan kuasa stereng (kecuali varian Single Cab) dilengkapi sistem kawalan aliran variabel (Variable Flow Control, VFC), berfungsi mengurangkan beban ke atas pam stereng kuasa yang menyumbang kepada penjimatan minyak. Pada masa sama, pemandu akan menikmati respon stereng lebih baik dan natural pada halaju berbeza.

Stereng rasa lebih ringan dalam halaju rendah yang memudahkan urusan seperti memarkir kenderaan. Stereng juga akan bertukar berat ketika memandu laju untuk memberikan kestabilan dan keyakinan memecut.

6. Didatangkan dengan Diferensial Gelincir Terhad (LSD) automatik yang dipadankan bersama Sistem Kawalan Traksi (TRC) untuk mengawal brek dan output enjin apabila salah satu tayar belakang hilang cengkaman atas permukaan jalan.
Sistem LSD diaktifkan ketika memandu dalam mod pemanduan High dan pacuan 2WD dengan kelajuan hingga 50kmj.

7. Didatangkan dengan ciri bantuan pemandu Toyota Safety Sense yang terdiri daripada tiga rangkaian sistem berbeza, iaitu: Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dan Amaran Tukar Lorong (LDW) dengan ciri Bantuan Yaw (Yaw Assist).

8. Beberapa elemen penggayaan dinaik taraf seperti bampar depan, gril dan kemasan lampu kabus. Varian Hilux Double Cab 2.8 Rogue memiliki lekuk pada bonet dan plat skid. Sementara itu, varian paling asas mendapat rim baharu bersaiz 17 inci dan 18 inci.

9. Perubahan dalaman paling ketara ada pada varian paling lengkap yang kini mendapat kemasan dalaman baharu, seperti rekaan meter, pencahayaan pada kemasan bukaan pintu dan bahagian kunci. Varian paling asas menampilkan rekaan kluster meter baharu dengan maklumat tambahan pada Paparan Multi-Info (MID).

10. Harga anggaran Hilux (2020) bermula RM93,880, manakala harga anggaran Double Cab 2.8 Rouge A/T ialah RM148,880. Pelanggan terawal boleh menikmati harga istimewa RM144,880 yang ditawarkan hanya untuk model Hilux Double Cab 2.8 Rouge AT 4×4.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?
BACA >>> Trak Pikap Paling Macho – Mitsubishi Triton Quest Lancar! Harga RM79,890

autoterkini pikap trak tempahan Toyota Hilux Toyota Hilux Baharu
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.