KEKECEWAAN tidak dapat melihat sosok Proton Perdana (2016) sedikit terubat apabila kami diberikan peluang melihat lebih dekat model Proton Perdana-Accord, yang digelar sesetengah orang sebagai 'Accordana', versi limosin.
Sebagai makluman, Perdana-Accord yang dipamerkan sempena Karnival 'ALAMI PROTON' ini ialah milik Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah menerima beberapa suntikan dan pembaharuan mengikut kehendak mantan Perdana Menteri itu.
BACA >>> Honda Accord (2020) Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM186k
Antaranya, kerusi elektrik yang dibalut kemasan kulit merah dan mesin Nespresso. Menarikkan?
Selain itu, model sama juga pernah digunakan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya. Berbeza lain, Perdana edisi limosin ini 32 inci (813mm) lebih panjang berbanding 18 inci (457mm) yang digunakan barisan Menteri Kabinet.
Hanya ada lima unit Perdana limosin ini di Malaysia dan semua model tidak dijual, sebaliknya digunakan kakitangan Kerajaan. Dan jika anda ternampak Perdana limosin dengan nombor plat 'PROTON 2020', itu ialah model milik Mahathir.
BACA >>> #RetroAuto: Proton Hasilkan 2,500 Unit Wira 1.8L DOHC (C99) Hanya untuk Masuk Rali
GAITHRI says
Hi , Please advise the cost and procedures of the above Perdana car.