• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yangwang U9 Xtreme Catat 496.22kmj, Kereta Pengeluaran Terpantas Dunia!

Yangwang U9 Xtreme Catat 496.22kmj, Kereta Pengeluaran Terpantas Dunia!

September 23, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Yangwang U9 Extreme kereta pengeluaran terpantas dunia.

JENAMA mewah bawah BYD, Yangwang mencipta sejarah apabila kereta hiper elektrik (EV) Yangwang U9 Xtreme (sebelum ini dikenali sebagai Track Edition) mencatat kelajuan maksimum 496.22kmj (308.4mph) di litar laju ATP Papenburg, Jerman, sekali gus menjadi kereta pengeluaran terpantas dunia.

Rekod itu menewaskan Bugatti Chiron Super Sport 300+ (490.4kmj) yang dipegang sejak 2019. Terdahulu, model itu juga mengatasi rekod kereta elektrik pengeluaran seperti Aspark Owl (438.7kmj) dan Rimac Nevera (431.7kmj).

Dipandu Pemandu Berpengalaman

Yangwang U9 Extreme kereta pengeluaran terpantas dunia.
Yangwang U9 Extreme kereta pengeluaran terpantas dunia.

Rekod itu dilakar pelumba Jerman, Marc Basseng (foto atas), yang sebelum ini juga pernah mengendalikan U9 standard dengan kelajuan peribadi 375kmj. Beliau kini menyertai kelab eksklusif '300mph Club' yang hanya dihuni segelintir pemandu dunia.

Berikut spesifikasi Yangwang U9 Extreme:

  • Output kuasa 2,978hp, lebih berkuasa dua kali ganda daripada U9 standard (1,288hp)
  • Empat motor elektrik independan yang setiap satu boleh berputar hingga 30,000rpm
  • Platform sistem 1,200V ultra voltan tinggi yang pertama seumpamanya pada kereta pengeluaran, lebih tinggi berbanding 800V sebelum ini
  • Dilengkapi teknologi bateri bilah (blade battery) BYD dengan keupayaan nyah cas 10 kali lebih tinggi berbanding bateri EV konvensional
  • Berat 2,480kg hanya 5kg lebih berat daripada model biasa

Rekabentuk untuk Kelajuan Maksimum

Yangwang U9 Extreme kereta pengeluaran terpantas dunia.
Yangwang U9 Extreme kereta pengeluaran terpantas dunia.

Kombinasi sistem voltan tinggi dan bahan binaan keluli super-silikon setebal 0.1mm membolehkan kereta hiper EV itu menjana kuasa ekstrem sambil mengekalkan suhu lebih rendah hingga 67 peratus berbanding sistem 800V.

Bagi memastikan kestabilan pada halaju hampir 500kmj, Yangwang U9 Xtreme menggunakan tayar depan lebih lebar (325mm berbanding 275mm) untuk dipadankan dengan tayar belakang, dan rim lebih kecil 20 inci (berbanding 21 inci pada model biasa).

Eksklusif, Hanya 30 Unit Dijual

Yangwang U9 Extreme kereta pengeluaran terpantas dunia.
Yangwang U9 Extreme kereta pengeluaran terpantas dunia.

Tekanan pada tayar, bateri dan casis pada kelajuan sebegitu memang luar biasa, tetapi terbukti berjaya ditangani dalam sesi ujian kelajuan penuh tersebut.

Yangwang U9 Xtreme hanya akan dihasilkan 30 unit sahaja seluruh dunia pada harga dijangka jauh lebih tinggi daripada U9 standard yang bermula sekitar £200,000 (lebih RM1.1 juta).

Yangwang U9 Extreme kereta pengeluaran terpantas dunia.

Selepas menumbangkan rekod kereta pengeluaran, ramai tertanya apakah sasaran seterusnya? Adakah Yangwang U9 Xtreme akan cuba menyaingi rekod kereta elektrik terlaju di dunia milik Buckeye Bullet 3 pada 549.4kmj?

Apa yang pasti, Yangwang U9 Xtreme kini menetapkan penanda aras baharu dalam dunia kereta hiper EV yang bukan saja dari segi kuasa, tetapi juga status sebagai kereta jalan raya paling pantas pernah direkodkan.

SUMBER: TopGear

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: BYD YangWang U9, BYD YangWang U9 Xtreme, hypercar electric, Kereta produksi terpantas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • BUDI95: Kerajaan Tanggung Kos Tukar Cip Mykad Rosak Selama 15 Hari!
    BUDI95: Kerajaan Tanggung Kos Tukar Cip Mykad Rosak Selama 15 Hari!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev