Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Filipina Perkenal Mio Aerox S Versi ‘Full Spec’, Ada 155 Unit Sahaja
Roda2

Yamaha Filipina Perkenal Mio Aerox S Versi ‘Full Spec’, Ada 155 Unit Sahaja

AryonBy Aryon22/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Filipina meluaskan ahli famili skuter Mio dengan tambahan varian terbaharu, Mio Aerox S yang didedahkan pada Yzone di Greenfield, Pasig dekat ibu kota Manila, minggu lalu.

Mio ialah nama khas yang dikhaskan Yamaha Filipina untuk segmen skuter. Model skuter Mio lain ialah Mio Sporty, Mio i 125/S dan Mio Soul 125/S, manakala Aerox ialah siri Mio paling berkuasa dengan enjin bersesaran 155cc.

Mio Aerox S baharu ini tampil lebih menarik dengan tambahan ciri Sistem Henti-Mula (Stop-Start System – SSS) eksklusif yang mampu memberikan lebih penjimatan bahan api selain merendahkan pelepasan emisi. Ia berfungsi mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berada dalam keadaan lahu selama 5 saat, manakala teknologi Smart Motor Generator (SMG) dapat menghidupkan enjin dengan mudah.

BACA >>> Yamaha Aerox 155 (2018) Indonesia Dapat Baju Baharu

Selain SSS, Mio  Aerox S juga dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk roda depan, termasuk dilengkapi Pengatur Injap Variabel (Variable Valve Actuation – VVA) dan sistem pencucuhan tanpa kunci, Sistem Kunci Pintar (Smart Key System – SKS).


Mio Aerox S ditawarkan dalam warna Matte Blue (biru kusam)-strip jingga dan White (putih)-strip biru muda dengan harga pasaran Filipina, Php122,000 (RM9,319).

Nama lain untuk Aerox ialah NVX dan hampir semua pasaran Asean menerima masuk model skuter Yamaha ini, termasuk Malaysia yang baru-baru ini memperkenalkan versi Edisi GP. Tapi versi Malaysia memang sudah siap ada ABS, SKS, SSS dan VVA. Jadi tiada apa yang istimewa tentang Mio Aerox S di Filipina kecuali warna badan unik, Matte Blue dengan strip dan panel sisi badan jingga.

BACA >>> Yamaha NVX Edisi GP (2018) di Pasaran 21 September Ini – RM10,606 (Bukan Harga Kedai)

Seperkara yang unik lagi tentang ‘NVX Filipina’ ini ialah skuter tersebut ditawarkan dalam unit terhad, iaitu 155 unit sahaja dan pembeli berminat perlu buat tempahan. Tapi ingat, Malaysia ada GP Edition harga kedai lain-lain! Wow, tepuklah sikittt…

SUMBER: Yamaha-Motor.com.ph

Filipina Moped roda2 skuter Yamaha Yamaha Filipina Yamaha Mio Aerox S Yamaha NVX 155
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 Untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

04/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.