Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Avantis Sah di Pasaran Malaysia 22 Julai Ini, Bakal Ganti Ego LC
Auto Terkini

Yamaha Avantis Sah di Pasaran Malaysia 22 Julai Ini, Bakal Ganti Ego LC

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/07/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Yamaha Avantis
SUMBER risikan kami mendedahkan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bakal memperkenalkan model skuter 125cc pada 22 Julai ini yang diberikan nama Yamaha Avantis (berdasarkan sebutan sumber). Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan cara sebutan dan ejaan tepat skuter berkenaan.

Apabila ditanya apakah skuter itu Aerox 125LC yang dilancarkan di Indonesia Januari lalu, tetapi jawapannya, tidak. Menurut sumber, Yamaha Avantis seakan mirip Aerox 125LC dan itu bermakna rekabentuk skuter itu tidak jauh berbeza. Khabarnya, skuter itu bakal menggunakan enjin penyejukan udara.

Sebelum ini, Yamaha Avantis sudah dilihat sedang diuji atas jalan raya negara ini. Model ujian itu tampil dengan opsyen dua pilihan warna, biru-perak dan hitam-kelabu tanpa sebarang pelekat grafik. Ada juga rakan kami pernah terserempak dengan skuter tersebut sekitar Rawang. Menurutnya, lampu depan kelihatan seperti Yamaha Tenere 1200, manakala lampu belakang dan fairing  mirip Aerox. Perubahan ketara lain ialah rekaan set badan.

REKAAN SPORTY?

Jika diamati, rekaan Aerox 125LC versi Indonesia kental dengan aura sporty kerana  diilhamkan berdasarkan semangat perlumbaan MotoGP. Sebagai makluman, Aerox 125LC dikuasakan enjin 125cc penyejukan cecair dengan beberapa ciri teknologi MotoGP seperti piston tempaan (forged) dan silinder DiASil (silinder aluminium).

Aerox 125LC juga memiliki desain badan berkarakter motorsport menerusi rekaan lampu, hendal pemegang belakang tersembunyi, pelana perlumbaan, meter kelajuan (speedometer), fender sport, pengatup (shutter) kunci pintar dan suis tongkat pintar (smart side stand switch), yakni ciri yang membuatkan enjin tidak dapat hidup selagi tongkat tidak dinaikkan.

Apapun, kami masih belum dapat memastikan spesifikasi dan penampilan penuh Yamaha Avantis di Malaysia. Nantikan saja maklumat lengkap pada 22 Julai ini. Harga jualan? Mungkin dijual dalam lingkungan harga RM7,000. Apakah kemunculan Avantis bakal menggantikan Ego LC?

Di bawah ialah spesifikasi Aerox 125LC sebagai bayangan Yamaha Avantis yang bakal dilancarkan tidak lama lagi:

Dimensi
P x L x T 1857mm x 742mm x 1070mm
Jarak Roda 1265mm
Jarak Kelegaan Tanah 135mm
Tinggi Tempat Duduk 760mm
Berat 102 kg
Kapasitas Tangki 3. 8L
 Enjin
Jenis Enjin Penyejukkan cecair, 4-lejang, SOHC
Jumlah Silinder Tunggal
Kuasa Maksimum 8.4kW @ 9000rpm
Tork Maksimum 10.4Nm @ 6500rpm
Sistem Penghidup Elektrik & Penendang
Sistem Bahan Bakar Pancitan bahan api
Transmisi V-belt automatik
 Rangka
Tipe Rangka Underbone
Suspensi Depan Teleskopik
Suspensi Belakang Unit swing
Tayar Depan 70/90-14M/C 34P
Tayar Belakang 100/70-14M/C 51P
Brek Depan Cakera
Brek  Belakang Brek Dram

VIDEO AEROX 125LC

https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=tCsefFlJpjk

Aerox 125LC Hong Leong Yamaha skuter Yamaha Yamaha Avantis Yamaha Avantis 2016
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Lestari

03/03/2026
Roda2

Boon Siew Honda Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Africa Twin, Dari RM99,888

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.