PELUMBA Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega kembali menyerlah di Tissot Aragon Round selepas mencatat dua kemenangan berganda, semalam (Ahad, 28 September 2025).
Kemenangan itu mengurangkan jurang kejuaraan dengan pasukan ROKiT BMW Motorrad WorldSBK Team, Toprak Razgatlioglu kepada 36 mata.
Bulega Bangkit Selepas Suram
Perlumbaan Sabtu tampak sukar buat Bulega apabila Toprak memenangi Race 1 dan memutuskan rekod dominasi Ducati di Aragon yang sebelum ini memenangi lapan perlumbaan berturut-turut. Malah, jurang kejuaraan ketika itu melebar kepada 44 mata.
Dengan taktikal bijak dan jentera lebih baik selepas penambahbaikan, Bulega berjaya menewaskan juara bertahan itu dalam Superpole RacedanRace 2.
Aku sangat gembira sebab memang perlukan dua kemenangan Ahad ini. Toprak sangat kuat dan agresif sepanjang hujung minggu, jadi aku hanya cuba ikut rentak dia je, dan balas setiap asakan. Ini pertarungan sangat hebat dan aku menikmatinya," kata Bulega.
Rahsia Kejayaan di Aragon
Kunci kejayaan Bulega adalah peningkatan kelajuan keluar selekoh yang membolehkan pelumba Itali itu lebih agresif menyaingi Toprak. Jika pada Sabtu, Toprak masih jauh lebih laju di beberapa bahagian litar, tetapi perlumbaan Ahad berjaya mengurang kelebihan itu dengan ketara.
Kami cuba perbaiki bahagian keluar selekoh. Toprak masih lebih laju, tapi tidak seteruk Sabtu. Aku gembira sebab kami berjaya dapatkan yang maksimum daripada apa yang ada. Kami tahu margin tak besar, tapi kami guna sepenuhnya," katanya.
Fokus Seterusnya - Estoril, Jerez
Selepas Aragon, kejuaraan akan beralih ke Estoril, sebelum ke Jerez yang menjadi litar kegemaran Bulega.
Kami kena ambil perlumbaan satu demi satu. Sasaran aku adalah cuba menang setiap perlumbaan dan tengok di mana kedudukan akhirnya.
"Musim lepas aku dah menang Superpole Race di Estoril, tapi itu tahun pertama aku. Tahun ini aku rasa lebih laju dan lebih kuat, jadi aku akan cuba kekal di depan. Jerez adalah salah satu litar kegemaran aku, dan aku akan cuba menang kat sana juga," kata Bulega penuh keyakinan.
SUMBER: WorldSBK.com
Leave a Reply