• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / WMoto Nexy+180 Lancar untuk Pasaran Tempatan, Harga RM8,988

WMoto Nexy+180 Lancar untuk Pasaran Tempatan, Harga RM8,988

October 21, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

WMoto Nexy+ 180 dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

SEMPENA majlis pembukaan Mforce Best Shop Johor Bahru by Meng Soon Auto Sdn Bhd, WMoto memperkenalkan satu lagi model baharu dalam barisan skuter jenama itu, Nexy+180.

Ditawarkan pada harga RM8,988, tidak termasuk cukai jalan dan insurans), WMoto Nexy+180 boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia dengan empat warna menarik: Magic Blue (biru), Midnight Black (hitam), Nardo Grey (kelabu) dan Xtreme White (putih).

WMoto Nexy+ 180 dilancarkan untuk pasaran Malaysia.
WMoto Nexy+ 180 dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Enjin dan Prestasi

WMoto Nexy+180 dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 174cc penyejukan cecair empat injap dengan spesifikasi:

  • Output kuasa: 13.6kW (18.2hp) @ 8,500rpm, dan tork 17.2Nm @ 6,500rpm
  • Nisbah mampatan: 11.5:1
  • Transmisi automatik CVT automatik dengan klac automatik
  • Sistem terotel mekanikal memastikan kawalan lebih tepat ketika memecut
  • Kapasiti tangki petrol 8 liter

Rekabentuk, Keselesaan

WMoto Nexy+ 180 dilancarkan untuk pasaran Malaysia.
WMoto Nexy+ 180 dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

WMoto Nexy+ 180 memiliki dimensi panjang 1,970 mm, lebar 770mm dan tinggi 1,150mm, manakala jarak roda 1,315mm.

Tinggi pelana 765mm, manakala berat keseluruhan 142kg menjadikan skuter itu mudah dikawal dan sesuai untuk semua peringkat penunggang.

Sistem suspensi dilengkapi fork teleskopik dengan jarak travel 103mm (depan), dan dwi-absorber dengan jarak travel 130mm (belakang) keseimbangan antara keselesaan dan kestabilan.

WMoto turut menambah visor angin, pelana ergonomik dan ruang simpanan depan dan bawah pelaba yang luas bagi menambah praktikaliti.

Sistem Brek, Keselamatan

WMoto Nexy+ 180 dilancarkan untuk pasaran Malaysia.
WMoto Nexy+ 180 dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Sistem brek dilengkapi brek cakera 260mm dengan kaliper 4-piston di depan, dan brek cakera 220mm dengan kaliper piston tunggal (belakang), serta disokong Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran untuk kawalan optimum dalam situasi kecemasan.

Ciri keselamatan tambahan termasuk:

  • Sistem Kawalan Traksi (TCS) boleh aktif/nyah aktif
  • Suis keselamatan tapak sisi
  • Kamera pemuka depan
  • Lampu penuh LED pada lampu siang (DRL), lampu kecemasan dan lampu belakang

Teknologi, Ciri Moden

WMoto Nexy+ 180 dilancarkan untuk pasaran Malaysia.
WMoto Nexy+ 180 dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Panel meter TFT 6 inci menjadi pusat maklumat utama dengan sambungan Bluetooth untuk notifikasi panggilan masuk. Selain itu, WMoto Nexy+180 turut menawarkan:

  • Port pengecas USB Type-A dan Type-C
  • Sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dan kunci mekanikal sandaran
  • Sokongan aplikasi Carbit Ride dan Roadcam untuk memantau data tunggangan dan rakaman video

Waranti, Sokongan

Setiap pembelian WMoto Nexy+180 dipakejkan waranti dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu), dan akses pembelian alat ganti tulen secara dalam talian melalui Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.

Dengan rekabentuk elegan, teknologi pintar dan prestasi meyakinkan, WMoto Nexy+180 hadir sebagai pilihan ideal buat penunggang moden yang mahukan gaya, keselesaan dan nilai premium dalam satu pakej berbaloi.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MForce Bike, skuter, skuter maksi, Skuter ringan, WMoto, WMoto Nexy+180

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev