Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»WMOTO Island 150, WMOTO Hawk 200i Rasmi Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM6,688, RM7,888
Roda2

WMOTO Island 150, WMOTO Hawk 200i Rasmi Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM6,688, RM7,888

SyafieBy Syafie11/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

WMOTO Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua model terbaharu mereka, WMOTO Island 150 dan WMOTO Hawk 200i, bersempena majlis Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel.

Pelancaran ini menandakan kemasukan WMOTO ke pasaran Malaysia bagi tahun pertama 2026, dengan penawaran merangkumi segmen skuter premium 150cc dan motosikal lasak 200cc bagi memenuhi keperluan penunggang bandar serta pengguna yang mahukan keupayaan lebih versatil.

WMOTO Island 150: Skuter Premium untuk Tunggangan Harian

WMOTO Island 150 direka untuk meningkatkan pengalaman tunggangan harian dengan gabungan gaya moden, keselesaan optimum dan teknologi terkini.

Model ini menandakan kemasukan rasmi WMOTO ke dalam segmen skuter premium 150cc.

WMOTO Island 150 ditawarkan pada harga RM6,688 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), dan boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia.

Pilihan Warna

  • Aura Black (Hitam)
  • Action Blue (Biru)
  • Prime Grey (Kelabu)

Enjin dan Prestasi

WMOTO Island 150 dikuasakan enjin 150cc, satu silinder, empat lejang, empat injap, dengan sistem penyejukan cecair.

Spesifikasi utama:

  • Kuasa maksimum: 11.5kW pada 8,500rpm
  • Tork maksimum: 14.2Nm pada 6,500rpm
  • Nisbah mampatan: 10.6:1

Ia menggunakan sistem suntikan bahan api EFI, penghidup elektrik serta transmisi CVT pacuan tali sawat, menawarkan pecutan lancar dan tunggangan selesa di persekitaran bandar. Tangki bahan api berkapasiti 9 liter menyokong jarak perjalanan yang lebih jauh.

Dimensi dan Pengendalian

  • Panjang: 1,940mm
  • Lebar: 745mm
  • Tinggi: 1,130mm
  • Jarak roda: 1,315mm
  • Kelegaan tanah: 136mm
  • Ketinggian tempat duduk: 764mm
  • Berat kering: 137kg

Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan peredaman hidraulik dan penyerap hentak belakang jenis spring dengan sistem redaman, dipadankan dengan tayar 110/70-14 M/C (hadapan) dan 130/70-13 M/C (belakang). Sistem brek cakera hadapan dan belakang dilengkapi ABS dwi-saluran.

Ciri dan Teknologi

WMOTO Island 150 hadir dengan pelbagai ciri moden, antaranya:

  • Lampu LED penuh dengan DRL
  • Paparan meter digital interaktif
  • Sistem tanpa kunci
  • Suis keselamatan tongkat sisi
  • Penghadang angin
  • Ruang simpanan hadapan
  • Port pengecasan USB Type-A dan Type-C
  • TPMS
  • Pemijak kaki pembonceng boleh lipat
  • Tempat duduk anti-gelincir
  • Cangkuk barang (kapasiti beban sehingga 5kg)

Skuter ini menggunakan bateri 12V 8.6Ah dan mampu membawa muatan sehingga 158kg, menjadikannya sesuai sebagai rakan tunggangan harian.

WMOTO Hawk 200i: Jentera Lasak Untuk Bandar dan Off-Road Ringan

WMOTO Hawk 200i dibangunkan sebagai motosikal lasak dan berkeupayaan tinggi, sesuai untuk kegunaan bandar serta laluan off-road ringan. Ia menandakan pengembangan WMOTO dalam segmen motosikal 200 cc versatil.

Model ini ditawarkan pada harga RM7,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, dan boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia.

Pilihan Warna

  • Obsidian Black (Hitam)
  • Extreme Red (Merah)

Enjin dan Trenkuasa

WMOTO Hawk 200i dikuasakan enjin 200cc, silinder tunggal, SOHC, dua injap, dengan sistem penyejukan cecair.

Spesifikasi enjin:

  • Kuasa maksimum: 12kW pada 8,000rpm
  • Tork maksimum: 15.7Nm pada 7,000rpm
  • Nisbah mampatan: 9.5:1
  • Transmisi: 5 kelajuan
  • Pacuan akhir: Rantai
  • Tangki bahan api: 8 liter

Rangka, Suspensi dan Brek

  • Panjang: 2,090mm
  • Lebar: 880mm
  • Tinggi: 1,180mm
  • Jarak roda: 1,360mm
  • Ketinggian tempat duduk: 830mm
  • Kelegaan tanah: 260mm
  • Berat basah: 132kg

Suspensi menggunakan fork teleskopik terbalik di hadapan dan monoshok di belakang. Sistem brek cakera hadapan dan belakang dilengkapi ABS hadapan boleh nyahaktif, meningkatkan keyakinan ketika membrek.

Motosikal ini menggunakan tayar 90/90-19 (hadapan) dan 110/90-17 (belakang), dipadankan dengan rim jejari untuk ketahanan dan kebolehsuaian di pelbagai permukaan jalan.

Kelengkapan dan Praktikaliti

Antara ciri yang ditawarkan:

  • Paparan meter digital interaktif
  • Lampu hadapan dan lampu isyarat LED
  • Lampu belakang jenis mentol
  • Port pengecasan USB Type-A
  • Sistem kunci mekanikal
  • Pelindung tangan dengan DRL terbina dalam
  • Pelindung hendal
  • Tayar dwi-guna
  • Tempat duduk anti-gelincir

Waranti dan Sokongan Selepas Jualan

Setiap pembelian WMOTO Island 150 atau WMOTO Hawk 200i didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana tiba dahulu), selain akses kepada pembelian alat ganti tulen secara dalam talian melalui platform perkhidmatan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd..

WMOTO Island 150

WMOTO Hawk 200i

Auto Terkini motosikal off-road Skuter 150cc WMOTO Hawk 200i WMOTO Island 150 WMOTO Malaysia
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

11/02/2026
Auto Terkini

Triumph Scrambler 400 XC Tiba Mac Ini, Harga RM34,200

11/02/2026
MotoGP

#MotoGP2026 Toprak Razgatlioglu Akui ‘Marah’, Sukar Sesuaikan Diri Di Ujian MotoGP Sepang

11/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

By Abang Hirata06/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.