Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Wanita Maut Lepas Proton Saga Rempuh Trak Tentera di Melaka
Auto Terkini

Wanita Maut Lepas Proton Saga Rempuh Trak Tentera di Melaka

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEORANG wanita maut selepas kereta sedan jenis Proton Saga yang dipandunya terlibat dalam kemangan membabitkan sebuah trak tentera di hadapan Kem 96 Depot Pangkalan Peluru, Masjid Tanah di Melaka awal pagi tadi.

Berdasarkan laporan media tempatan, kenderaan dipandu mangsa bertembung dengan trak tentera berkenaan kira-kira jam 2.24 pagi.

Mangsa, Manisya Azlin Ishak, 25, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala pemandu lori tentera, lelaki berumur 33 tahun patah tangan.

Siasatan awal polis mendapati mangsa wanita itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Masjid Tanah Ria (Masjid Tanah) dari Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed dilaporkan berkata, mangsa bekerja di bahagian pusat panggilan Telekom di Ayer Keroh dan dipercayai mengantuk lalu menyebabkan keretanya hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Beliau berkata:

Akibatnya, kereta mangsa bertembung dengan trak Hicom itu secara berdepan yang cuba membrek berdasarkan kesan tayar sepanjang 12 meter di laluannya.

“Pelanggaran menyebabkan mangsa tersepit di dalam keretanya yang remuk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan.”

Petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Alor Gajah membantu mengeluarkan mayat mangsa sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk urusan bedah siasat.

Pemandu trak tentera, Muhammad Azuddin Alias yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Empat lagi anggota tentera yang berada dalam trak itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Laporan juga menyatakan semua kenderaan terlibat dalam insiden itu ditahan untuk siasatan lanjut dan akan dihantar untuk pemeriksaan teknikal di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

SUMBER: Harian Metro

Deputi Superintendan Azrul Mohamed Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Alor Gajah Kem 96 Depot Pangkalan Peluru Manisya Azlin Ishak Proton Saga Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    01/04/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Auto Terkini

    GWM Malaysia Sedia Pelan 2026 – 2028 – Sasar 60k Jualan Fokus SUV, Teknologi Hibrid

    01/04/2026
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.