VOLVO Car Malaysia (VCM) sekali lagi menganjurkan jualan pramilik istimewa sempena bulan kemerdekaan menerusi Volvo Executive Merdeka Sales yang menampilkan barisan kenderaan Volvo Selekt Certified pada harga bermula serendah RM160,000.
Berlangsung pada 16 dan 17 Ogos 2025 di Level 3A, Symphony Square, Petaling Jaya, acara itu menawarkan unit terpilih dari barisan korporat Volvo sendiri, termasuk model yang pernah digunakan barisan pengurusan syarikat!
Kualiti Terjamin, Bukan Sekadar Kereta Terpakai
Setiap unit Volvo Selekt sudah menjalani 125 pemeriksaan teknikal, menerima kemas kini perisian terkini, dan menggunakan alat ganti tulen Volvo sahaja. Semua dilakukan pasukan juruteknik terlatih Volvo mengikut piawaian ketat pengeluar dari Sweden itu.
Pelanggan juga akan menikmati:
- Waranti 5 tahun tanpa had perbatuan (baki waranti asal)
- Bantuan tepi jalan 24 jam
- Sambungan perkhidmatan digital Volvo
- Model pilihan untuk semua gaya hidup
Volvo menawarkan pelbagai model dalam jualan kali ini, seperti:
- Volvo EX30 - SUV elektrik kompak yang padat teknologi dan sesuai untuk gaya hidup bandar
- XC40 Recharge - SUV elektrik penuh dengan reka bentuk moden dan pemanduan senyap
- XC60 dan XC90 - SUV 5- dan 7-kerusi dengan ciri keselamatan terbaik dan ruang luas
- S60, S90 dan V60 - Model sedan dan wagon mewah dalam unit terhad
Ada model dengan jarak perbatuan kurang 5,000km yang seperti baharu, tetapi pada harga jauh lebih rendah.
Kemudahan Kewangan Dipermudah
Volvo Car Finance turut menyediakan pakej pembiayaan eksklusif, seperti:
- Kadar faedah serendah 2 peratus
- Kelulusan pinjaman pada hari sama
Maklumat Acara
- Tarikh: 16 dan 17 Ogos 2025
- Masa: 10 pagi - 6 petang
- Lokasi: Level 3A, Symphony Square, Petaling Jaya
Tempahan awal digalakkan kerana stok sangat terhad. Tahun lalu, hampir 70 unit terjual pada hari pertama sahaja! Daftar janji temu anda di forms.volvocarmalaysia.com/executive-sales. Maklumat lanjut boleh layari: www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di media sosial berikut:
- Facebook: VolvoMY-FB
- Instagram: VolvoMY-IG
Leave a Reply