VOGE Malaysia kini rasmi melangkah ke segmen skuter tempatan menerusi pelancaran Voge SR3 2025, sempena pembukaan Mforce Best Shop Johor Bahru by Meng Soon Auto Sdn Bhd.
Skuter itu menampilkan rekabentuk moden, prestasi teguh dan teknologi pintar yang menjadikan ia pilihan utama buat penunggang yang mencari gabungan gaya, keselesaan dan keselamatan terkini.
- Harga: RM15,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans)
- Pilihan warna: White (putih), Silver (perak) dan Grey (kelabu)
Model tersebut kini bakal berada di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia dalam masa terdekat.
Enjin, Prestasi
Voge SR3 2025 dikuasakan enjin 4-injap silinder tunggal 244.3cc SOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api elektronik (EFI):
- Kuasa maksimum 19.4kW (26hp) @ 8,250rpm, dan tork 23Nm @ 6,500rpm
- Nisbah mampatan: 11.5:1
- Gerak x lejang: 72 mm × 61 mm
Kuasa disalurkan melalui transmisi automatik CVT dengan pacuan akhir V-Belt, manakala klac automatik memberikan tunggangan mudah dan selesa, yang sesuai untuk kegunaan bandar dan jarak jauh.
Dimensi, Rekabentuk
- Memiliki dimensi panjang 2,100mm, lebar 795mm, dan tinggi 1,392mm, manakala jarak roda 1,525mm
- Tinggi pelana 780mm
- Jarak tinggi bumi 140mm
- Berat kering 156kg
- Kapasiti tangki petrol 14 liter
Suspensi, Brek
Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang untuk perjalanan selesa dengan jarak travel 103mm (depan) dan 130mm (belakang).
Ciri keselamatan dilengkapi sistem brek cakera (depan dan belakang) dengan ABS dwi-saluran, dan fungsi brek parkir untuk kestabilan tambahan di kawasan curam.
Tayar tiubles saiz 120/70-14 (depan) dan 140/60-13 (belakang) memastikan cengkaman mantap di atas pelbagai permukaan jalan.
Ciri Moden, Keselesaan
Antara ciri menarik Voge SR3 ialah:
- Panel meter TFT 7 inci
- Port USB Type-A
- Sistem kunci pintar (Smart Key) dengan kunci mekanikal sandaran
- Lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu belakang, lampu siang (DRL) dan lampu signal belok
- Pelana ergonomik dwi-lapis dan visor angin boleh laras
- Pemanas grip hendal boleh lara 3-tahap
Selain itu, skuter itu turut menawarkan Sistem Kawalan Traksi (TCS) boleh tukar, Sistem Pemantau Tekanak Tayar (TPMS), dan kamera pemuka di depan untuk rakaman perjalanan secara langsung.
Juga disediakan ruang simpanan luas, dua kotak depan, dan ruang bawah pelana yang boleh memuatkan helmet jenis muka terbuka (open face).
Ciri Konektiviti, Waranti
Fungsi Bluetooth membolehkan paparan notifikasi panggilan dan kawalan suara terus pada skrin utama, yang meningkatkan pengalaman tunggangan pintar dan terhubung.
Setiap pembelian Voge SR3 dipakejkan waranti tanpa had perbatuan selama dua tahun dan akses kepada pembelian alat ganti tulen secara dalam talian daripada Voge Malaysia.
Dengan pakej menyeluruh merangkumi rekabentuk, kuasa dan teknologi moden, Voge SR3 2025 menjadi satu lagi pilihan premium dalam segmen skuter 250cc di pasaran Malaysia.
Leave a Reply