Satu insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di Seri Kembangan yang menimbuskan lima kenderaan diparkir di tepi jalan, petang tadi.

Klip video insiden tersebut kini tular di media sosial yang mana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 6.38 petang.

BACA >>> Video CCTV Rakam Detik Tembok Runtuh Hempap SUV di Cheras

Enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Serdang bergegas ke lokasi kejadian dan mengesan berlaku mendapan berhampiran longkang hingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis rosak.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kereta Tenggelam Banjir, Apakah Langkah Perlu Dilakukan?

SUMBER: SinarHarian

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Leave A Reply

Exit mobile version