Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ujian Top Speed Honda CBR250RR (2020), Mampukah Saingi Kawasaki Ninja ZX-25R?
Roda2

Ujian Top Speed Honda CBR250RR (2020), Mampukah Saingi Kawasaki Ninja ZX-25R?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/09/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA model motosikal baharu muncul, antara soalan tipikal kerap ditanya warga maya, berapakah kelajuan maksimum aka top speed?

Sebenarnya, hal motosikal ni bukan berkisar mengenai top speed saja. Ia perlu seimbang dengan had skil dan pengalaman individu. Lagi pun berapa lama sangat kita boleh top speed atas jalan? Apapun, tunggang cermat jiwa selamat.

Selepas Kawasaki Ninja ZX-25R dilancarkan, banyak pesaing segmen sportbike suku liter mula rasa tergugat. Honda adalah antara pesaing yang tidak menunggu lama memperkenalkan CBR250RR (2020) baharu dengan enjin dipertingkat. Malah dikhabarkan akan lancar di Malaysia menjelang penghujung tahun ini.

BACA >>> Indonesia Lancar Honda CBR250RR SP Quick Shifter (2020), Harga RM22k

Semestinya kehadiran dua model baharu itu akan mencetuskan perdebatan model manakah top speed paling laju?

Jawapan itu kami temui pada video tunggang uji blogger automotif Indonesia, IwanBanaran (IWB) yang mana ujian dilakukan menumpukan kepada aspek kuasa dan fiil, termasuk impak teknologi seperti Quick Shifter (QS) dan klac antigelincir Assist and Slipper (A&S).

Dalam situasi ini Honda bukan hanya meningkatkan kuasa, tetapi turut melengkapkan CBR250RR dengan fork terbalik (USD) dan travel 5mm, termasuk menala tetapan suspensi 10 peratus lebih rigid berbanding model terdahulu.

Dengan kuasa baharu 39hp, Honda pasti tidak mahu sportbike tersebut sukar dikekang. Justeru suspensi perlu dikemas kini dengan menambah baik tahap kekerasan roda depan dan belakang. Varian tertinggi CBR250RR turut dibekalkan ciri QS dan A&S. Malah, penggunaan enjin baharu tidak banyak mempengaruhi berat jentera yang cuma 168kg.

PIKAP BERKUASA

Berikut komen IWB mengenai kuasa dan fiil menunggang uji CBR250RR (2020) di litar Astra Honda Motor Indonesia (AHM):

Kuasa dihasilkan CBR250RR SP Quick Shifter begitu berbeza. Apabila menggunakan mod Sport, bukan Sport+, apa paling terasa ialah kuasa tork walaupun bukaan rev kecil, motosikal sudah memecut pantas. Ini berbeza varian Standard. Ternyata dengan kuasa ditingkatkan 3ps mampu membuatkan CBR250RR SP QS memiliki pecutan lebih spontan.

“Kedua, apabila menukar gear, QS membuatkan kuasa ketika menukar gear tidak drop. Proses berterusan ini membuatkan hamburan kuasa rasa padat. Daripada ujian di litar AHM, karakter QS dari gear 1 ke gear 2 tidak selancar gear 3 ke atas. Ini mungkin kerana tork yang cukup besar (25Nm).”

Dengan dua piston, tekanan tork memang selesa tetapi kesannya agak liar. Mungkin juga kerana tetapan. Namun daripada gear 3 hingga gear paling atas, proses anjakan dan hantaran kuasa sangat lancar. Menunggang CBR250RR SP QuickShifter tidak memerlukan penunggang menarik klac atau menutup terotel ketika menukar gear. Semua boleh dilakukan lancar.

Berdasarkan video yang dikongsikan,  apa mengejutkan ialah kelajuan top speed model baharu Honda itu. Dengan trek pendek, yang sepatutnya kurang sesuai untuk menguji angka top speed, CBR250RR SP Quick Shifter masih mampu mencapai kelajuan 178kmj atau 169kmj mengikut halaju GPS.

Kelajuan itu juga konsisten dan dapat dicapai dengan pantas. Kuasa gear 6 yang biasanya overdrive pada varian SP masih cukup kuat. Jadi tidak hairan ramai bertanya adakah top speed CBR250RR SP Quick Shifter mampu menentang enjin 4-silinder Ninja ZX-25R?

Walaupun bukanlah perbandingan epal dengan epal kerana perbezaan konfigurasi jentera, tetapi masih boleh dipertimbangkan. Di Litar Sentul dulu, Ninja ZX-25R mampu mencapai kelajuan 168kmj dengan kelajuan GPS. Hasilnya tentu dengan segala keterbatasan jarak, manakala CBR250RR SP Quick Shifter pula 169kmj. Beza 1kmj saja

Namun apa yang patut diperhatikan adalah seberapa pantas sesebuah motosikal itu mampu mencapai top speed. Bagaimanapun kurang adil membandingkan enjin 4-silinder dengan enjin 2-silinder kan?

BACA >>> Indonesia Jadi Lokasi Pembangunan Honda CBR250RR-R dengan Enjin 4-Silinder?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kawasaki Ninja ZX-25R Cuma 42hp?

Honda CBR250RR Honda CBR250RR SP Quickshifter roda2 sportbike Sportbike Suku Liter Tunggang Uji
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

    25/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    23/04/2026
    Roda2

    Yamaha TMAX Tech Max Kini Dalam Crystal Graphite – Maxi Scooter Premium Dari RM75,888

    23/04/2026
    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026
    Roda2

    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026 Ini Dijual 100 Unit Sahaja, Harga Hampir RM180k!

    22/04/2026

    1 Comment

    1. Gopinath on 23/10/2020 11:32

      How to booking Honda cbr250rr

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.